Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bunuh bayi 9 bulan: Lelaki dijel seumur hidup

Aug 12, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 29 tahun yang membunuh bayi lelaki berusia sembilan bulan yang merupakan anak temanitanya dengan menolak kepala bayi itu ke lantai vannya, telah dihukum penjara seumur hidup dan disebat 15 kali semalam.



Mohamed Aliff Mohamed Yusoff telah dituduh membunuh bulan lalu selepas Mahkamah Tinggi menolak dakwaannya bahawa bayi itu, Izz Fayyaza Zayani Ahmad, telah terhantuk kepala selepas terjatuh daripada tangannya.



Insiden itu berlaku antara 10 malam pada 7 November 2019 dengan 12.15 tengah malam pada 8 November 2019 di sebuah tempat meletak kereta di Yishun Street 81.



Aliff telah menawarkan dirinya untuk menjaga Izz pada malam itu.



Semasa menjatuhkan hukuman ke atas Aliff, Hakim Mahkamah Tinggi, Cik Mavis Chionh, mendapati keadaan kes itu tidak memerlukan hukuman mati.



Pihak pendakwaraya meminta agar hukuman penjara seumur hidup dan 15 hingga 18 kali sebatan dengan rotan, sedang pihak pembela meminta hukuman penjara seumur hidup dan lima hingga enam kali sebatan dengan rotan.



Hakim Chionh berkata mahkamah telah mengambil langkah tegas terhadap pesalah yang menyebabkan kematian menggunakan kekerasan ke atas mangsa muda yang tidak berdaya.



Hakim akur akan bentuk badan fizikal antara Aliff, yang merupakan seorang dewasa, dengan Izz, yang hanya 71 sentimeter tinggi dan seberat 8.3 kilogram.



Katanya, bayi itu tidak mampu pertahankan dirinya lantas menjadikannya mangsa rentan.



Hakim Chionh berkata tindakan Aliff selepas menyebabkan kematian bayi itu menunjukkan sikapnya yang kurang kesal.



Dia tidak mendapatkan rawatan dengan segera, sebaliknya meminta temanitanya, Cik Nadiah Abdul Jalil, agar mereka membayar seseorang untuk mengebumikan Izz dan laporkannya hilang setahun kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >