Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Bunuh isteri: Lelaki akan dibawa ke tempat kejadian

Feb 17, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang didakwa membunuh isterinya akan dibawa ke tempat kejadian pada minggu hadapan, seorang pendakwa polis memberitahu mahkamah semalam.



Selepas selesai penilaian psikiatrinya di` Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi, David Brian Chow Kwok-Hun akan direman ke Divisyen Polis Central.



Chow, 33 tahun, didakwa membunuh isterinya, Cik Isabel Elizabeth Francis, 30 tahun, di sebuah unit kediaman di Ang Mo Kio Street 23 pada 11 Januari.



Rakan mangsa memberitahu The Straits Times bahawa wanita itu sedang hamil ketika itu.



Semasa berada di tempat kejadian, Chow juga akan membantu dalam mendapatkan semula barang bukti, kata pendakwa raya polis semalam.



Chow, yang hadir di mahkamah melalui pautan video pada semalam, diwakili peguam baru - Encik Shashi Nathan, Encik Jeremy Pereira dan Cik Laura Yeo - berikutan pembebasan peguamnya sebelum ini.



Encik Nathan memberitahu mahkamah, Chow telah diberikan kebenaran untuk bertemu ibu bapa dan abangnya semalam dan dia akan bercakap dengan kliennya untuk mengambil arahan dalam masa kira-kira dua minggu.



Dalam satu kenyataan sebelum ini, polis berkata mereka dimaklumkan tentang seseorang ditikam di flat itu pada kira-kira 7.35 pagi pada 11 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >