Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bunuh kekasih: Lelaki Bangladesh dihukum mati

Dec 15, 2020 | 05:30 AM



SEORANG tukang cat warga Bangladesh, 31 tahun, dijatuhi hukuman mati semalam, setelah didapati bersalah membunuh kekasihnya dari Indonesia.



Ahmed Salim mencekik dan membunuh pembantu rumah Nurhidayawati Wartono Surata dalam sebuah bilik di Hotel Golden Dragon di Geylang kerana enggan memutuskan hubungannya dengan seorang lelaki lain, Encik Hanifa Mohammad, yang juga seorang warga Bangladesh.



Pembunuhan itu berlaku pada petang 30 Disember 2018.



Pesuruhjaya Kehakiman Mavis Chionh mensabitkan Ahmed dengan tuduhan pembunuhan, yang membawa hukuman mati mandatori.



Ahmed tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila Hakim Chionh menjatuhkan hukuman.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Hay Hung Chun memberitahu mahkamah bahawa Ahmed mengancam akan membunuh mangsa berkali-kali jika beliau tidak memutuskan hubungannya dengan Encik Hanifa.



"Apabila mangsa tidak menuruti kehendaknya, tertuduh mencekiknya dengan tuala di lehernya," kata Encik Hay.



Beliau tambah bahawa Ahmed melilit tuala itu pada leher mangsa, menolaknya ke katil lalu memijak satu hujung tuala itu dan menarik hujung satu lagi.



Selepas darah keluar dari telinga Cik Nurhidayawati, Ahmed menarik tuala itu dengan lebih kuat hingga mangsa tidak bergerak.



Semalam, Cik Chionh mendapati Ahmed mempunyai niat membunuh Cik Nurhidayawati sebelum 30 Disember selagi beliau tidak meninggalkan kekasih barunya dan kembali kepadanya.



Ini kerana Ahmed membawa tali ke hotel itu dan mengosongkan duit dalam bank akaunnya sebelum hari pembunuhan itu.



Cik Chionh menolak hujah pembelaan Ahmed bahawa Cik Nurhidayawati yang memulakan pergaduhan itu dengan mengatakan bahawa Encik Hanifa lebih stabil dari segi kewangan.



Hakim itu juga tidak menerima alasan bahawa Ahmed membunuh Cik Nurhidayawati kerana kesihatan mentalnya tidak stabil.



Peguam Ahmed, Encik Eugene Thuraisingam, Encik Chooi Jing Yen dan Encik Hamza Malik, berkata anak guam mereka berhasrat merayu keputusan mahkamah.



Mahkamah diberitahu sebelum itu bahawa Ahmed dan Cik Nurhidayawati mula berhubungan pada Mei 2012 setelah bertemu secara kebetulan.



Mereka juga merancang bernikah pada Disember 2018 setelah Ahmed melamarnya pada 2017.



Namun, Cik Nurhidayawati curang terhadap Ahmed dua kali.



Setelah kecurangan pertama, Ahmed meminta ibunya mencarikannya seorang isteri dan ibunya membuat persiapan bagi perkahwinannya pada Februari 2019.



Beberapa bulan kemudian, Ahmed dan Cik Nurhidayawati berbaik semula dan menyambung hubungan mereka.



Namun pada hujung 2018, Cik Nurhidayawati mula berbual mesra dengan Encik Hanifa di Facebook.



Pada 9 Disember, Cik Nurhidayawati memberitahu Ahmed beliau mempunyai kekasih baru dan menasihatinya supaya pulang ke Bangledesh dan meneruskan perkahwinannya yang telah diatur.



Hubungan mereka berakhir pada 23 Disember melalui telefon.



Ahmed memujuk Cik Nurhidayawati supaya bertemunya tujuh hari kemudian, di Hotel Golden Dragon, tempat beliau dibunuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >