Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buru ilmu pemasaran media sosial walau sibuk kejar ijazah SMU

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



BERHASRAT merapatkan jurang dalam pengetahuannya mengenai bahagian teknikal pemasaran digital, Cik Aisyah Aman Aljunied mengikut kursus pemasaran media sosial kendalian Meta, meskipun beliau sedang menjalani pengajian sarjana muda pengurusan perniagaan dalam pemasaran di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



Beliau akui walaupun skop jurusan pemasaran luas, ia tidak membolehkan beliau mempunyai satu set kemahiran khusus atau tukikan.



"Ia bukan mengenai suatu perkara baik atau buruk. Sebaliknya, saya suka mencuba banyak bidang namun tak ada satu pun yang saya benar-benar mahir dan cemerlang.



"Jadi, apabila saya melihat Meta sedang menjalankan kursus ini, saya melihat pautannya dan terus diarahkan ke laman Coursera.



"Kerana kursus itu percuma, saya terus mendaftar. Beberapa rakan saya juga berkongsi mengenainya," kata Cik Aisyah, lulusan Meta Upskill 2021 itu.



Beliau meluangkan masa purata empat jam seminggu dari April hingga Mei tahun lalu untuk mendapatkan sijil Profesional Pemasaran Media Sosial Facebook itu.



Beliau mempelajari topik seperti penciptaan kandungan, pengiklanan sosial, penjenamaan dan pengukuran melalui bahan penilaian dalam talian, video serta sistem pengesahan untuk pelajar lain menyemak pemahaman lengkap.



"Ia bukan sekadar menonton video beberapa jam dan kemudian dapat sijil, tidak," ujarnya, yang juga tertarik pada sifat kursus tersebut yang strukturnya jelas, teratur dan terurus.



Tempoh kursus bagi setiap modul juga tidak begitu membebankan dari segi membahagikan masanya.



Menerusi kursus tersebut, Cik Aisyah dapat menggunakan ilmu yang diraih untuk menjawab soalan dan senario melibatkan pemasaran digital, seperti cara menganalisis prestasi sesebuah kempen dan memantau cara melanjutkan sebuah kempen ke fasa seterusnya semasa sesi interviu kerja.



Cik Aisyah berkata ia memberinya lebih keyakinan untuk mengemudi interviu sebegitu, dan beliau gembira dapat membuktikan kebolehannya kerana dipanggil balik beberapa syarikat.



"Ia membuat saya lebih selesa dan lebih yakin bahawa saya sudah mendapatkan kemahiran melalui kursus itu."



Sebelum ini, beliau hanya mempunyai pengetahuan asas mengenai wadah seperti Instagram dan Facebook Ads Manager.



Dengan persekitaran pemasaran yang kian berkembang dengan teknologi baru, beliau akur apa yang beliau pelajari di sekolah mungkin tidak selaras dengan yang berlaku di luar.



"Kadang-kadang, apa yang kita belajar di sekolah adalah teori dan apabila kita keluar dari sekolah, teori itu akan kelihatan agak abstrak.



"Tapi, bila anda mempelajari sesuatu yang sangat teknikal dan minat melakukan sesuatu dengan tangan anda, saya akan katakan perbezaannya ialah anda boleh terus melaksanakannya."



Hujung bulan ini, beliau akan mula bekerja bersama sebuah syarikat kecil dan sederhana tempatan dalam bidang pemasaran.




AR antara skim latihan baru Meta



BERMINAT berjinak-jinak dengan teknologi realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR)?



Ini boleh anda lakukan di Akademi Pembelajaran Imersif Meta (Mila) yang bertujuan untuk menawarkan program pendidikan mengenai teknologi realiti lanjutan, seperti AR dan VR.



Ia antara peluang yang disediakan Meta - yang memiliki platform Facebook - di bawah beberapa inisiatif peningkatan digital baru di bawah program latihan syarikat itu yang didedahkan dalam satu acara di pejabat Meta di Singapura Selasa lalu.



Kini dikenali sebagai 'Upskill 2022', inisiatif itu dilancarkan pada April tahun lalu dan bertujuan menyampaikan kemahiran digital relevan kepada pelajar, pencari kerja, karyawan, pendidik dan pemilik perniagaan kecil.



Selain Mila, Meta telah mengemas kini beberapa inisiatif yang dilancarkannya tahun lalu itu, termasuk 'Meta Boost 2022' dan 'Program Kerjaya Meta', serta memperkenalwadah baru 'Meta Career Programs Job Board'.



Bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) tempatan yang ingin mempelajari cara memperluaskan keupayaan pemasaran sosial dan digital mereka, Meta Boost menyediakan bahan panduan seperti bengkel pendidikan percuma untuk 1,000 SME dalam proses mereka memperkasa pendekatan dengan komuniti masing-masing.



Salah sebuah SME yang meraih manfaat daripada kurikulum Meta Boost tahun lalu ialah Heartland Enterprise Centre Singapore (Hecs), anak syarikat Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura yang ditubuhkan dengan sokongan Enterprise Singapore (ESG).



Setelah menjalani kurikulum itu, Hecs mendekati pasar raya dan kedai di beberapa kawasan teras Singapura bagi membantu mereka mendigitalkan perniagaan mereka.



Sebuah program pembelajaran baru - Program Kerjaya Meta - turut disediakan di bawah program 'Upskill with Meta' 2022 bagi pelajar dan pekerja pada tahap kemasukan yang ingin melancarkan kerjaya mereka dalam bidang kejuruteraan perisian.



Peserta yang menamatkan kursus itu layak mendapat sijil sebagai pembangun sistem operasi iOS dan Android, atau jurutera pangkalan data.



Program tersebut akan bermula Ogos ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >