Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buruan polis besar-besaran ekoran laporan palsu pelajar NTU

Dec 16, 2019 | 04:19 PM



POLIS melakukan buruan besar-besaran di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan kawasan hutan di sekitarnya selepas seorang pelajar membuat laporan beliau telah diserang di kampus petang Sabtu (14 Dis) lalu.



Laporan tersebut yang dilakukan pada sekitar 6.30 petang mengakibatkan pengerahan berpuluh pegawai daripada pelbagai unit termasuk Pasukan Respons Darat (GRF), Kontingen Gurkha, Jabatan Siasatan Jenayah dan Unit K-9.



Namun, siasatan mereka mendapati pelajar berusia 19 tahun itu telah memberikan maklumat palsu dan tiada sebarang serangan seperti yang dilaporkan berlaku.



The New Paper melaporkan polis memberitahu bahawa pelajar yang mendakwa diserang di Nanyang Walk kini sedang disiasat kerana memberi maklumat palsu kepada polis.



Memberi maklumat palsu kepada penjawat awam merupakan suatu kesalahan di sisi undang-undang dan mereka yang didapati bersalah melakukan demikian boleh dipenjara sehingga enam bulan atau didenda sehingga $5,000 atau kedua-duanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >