Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Burung berhijrah hinggap di Yishun

Oct 18, 2017 | 06:25 PM



DALAM seminggu dua yang lalu, sekumpulan burung yang jarang dilihat di sini diperhatikan berterbangan di kejiranan di Yishun kala senja.



Burung ekor panjang ini tidak berasal dari Singapura, tetapi adalah burung berhijrah bernama wagtail.



Sejumlah 120 hingga 150 burung ini boleh dilihat hinggap di blok HDB di Yishun Street 11. 



Oktober ialah puncak musim berhijrah bagi burung pandai menyanyi seperti wagtail yang terbang ke Singapura dari tempat jauh seperti Siberia di Russia, bagi mengelak musim sejuk di sana.



Malah, burung ini mungkin terbang lebih jauh sehingga Sumatera di Indonesia, dan akan terbang pulang sekitar Mac.



Sekitar empat jenis wagtail boleh dilihat di Yishun - wagtail hutan, wagtail timur kuning, wagtail putih dan wagtail kelabu



Bercakap kepada akhbar The Sunday Times (ST), Dr Yong Ding Li, dari kumpulan pemeliharaan burung BirdLife berkata perhimpunan burung wagtail yang besar seperti ini pernah dilihat di Langkawi di Malaysia, tetapi belum pernah dilihat di kota seperti Singapura.



"Mungkin mereka berkumpul di tempat lain di Singapura pada waktu malam, dan tidak dilihat orang, atau mungkin kini ada lebih ramai pemerhati haiwan liar di sini," ujar Dr Yong.



Pengkaji burung bebas David Tan berkata perhimpunan burung ini 'amat aneh'



"Kita perlu memasuki hutan untuk melihat wagtail biasanya. Namun, kehadiran mereka di blok HDB di Yishun menunjukkan kepentingan ruang bandar di Singapura bagi jenis haiwan yang berhijrah," kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >