Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘TRENDING’ DI BERITAHARIAN.SG

Burung tiung yang 'digantung' dan operasi CNB

Dec 15, 2019 | 05:30 AM



BURUNG tiung yang digantung dari tempat jemur pakaian dan lebih 1 kilogram dadah heroin yang dirampas kedua-duanya merupakan antara berita yang menarik perhatian pembaca Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM) minggu ini.



Akhbar ini telah berkongsi kisah kezaliman ke atas seekor burung tiung yang digantung dari tempat jemur pakaian sebuah flat di Yishun beberapa hari lalu.



Perbuatan itu dilakukan seorang penduduk yang hendak 'menghukum' burung tiung tersebut kerana memasuki dapur rumahnya.



Persatuan berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) telah menasihati penduduk itu dan telah melepaskan burung itu setelah memeriksa sama ada terdapat luka padanya dan memberinya air dan makanan.



Acres menambah bahawa Lembaga Taman Negara (NParks) sedang menyiasat kes tersebut.



Video yang dikongsi di media sosial menerima komen marah daripada orang ramai, termasuk pembaca BH yang bersimpati dengan nasib haiwan tersebut.



Seorang pengguna Facebook, Cik Sabrina Love, menulis:



"Meskipun saya tak suka burung tiung kerana mereka masuk rumah kami dan curi makan, (perkara itu) zalim dilakukan ke atas seekor burung. Ada banyak lagi cara untuk memastikan burung tak masuk (ke dalam flat) dan curi makan."



Satu lagi berita yang menarik perhatian pembaca ialah berkenaan operasi Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Rabu lalu.



Seorang lelaki 48 tahun dan seorang wanita 42 tahun - kedua-duanya warga Singapura - telah diberkas pada Rabu lalu kerana disyaki mengedar dan menyalah guna dadah.



Pegawai dari CNB memberkas lelaki itu yang disyaki pengedar dadah di salah satu kolong blok di kawasan Woodlands Street 13.



CNB berkata 1,585 gram heroin, satu botol yang mengandungi methadone, 25 gram dadah 'ice' dan wang tunai $11,000 dirampas dalam operasi tersebut.



Jumlah keseluruhan heroin yang dirampas itu mampu memenuhi ketagihan sekitar 754 penyalah guna dadah selama seminggu.



Keseluruhan dadah yang dirampas dalam operasi itu dianggarkan bernilai sekitar $113,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >