Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN GCE PERINGKAT ‘N’

Buta warna namun semangat kental capai jaya

Anak muda yang sentiasa rebut peluang ceburi pelbagai bidang demi pertingkat diri
Dec 18, 2021 | 05:30 AM



"HMMM warna apa eh ni?"



Demikian sering difikirkan oleh Irham Rizqie Mohammed Sani semasa kecil.



Ketika membesar pula, Irham tidak pernah menyangka perkara tersebut akan menjadi isu hingga beliau disahkan buta warna secara rasmi ketika berusia 11 tahun di sekolah rendah.



Namun begitu, perkara tersebut tidak menjadi penghalang bagi pelajar Sekolah Menengah Hillgrove di Bukit Batok itu untuk terus mendalami minatnya dalam kegiatan berkaitan media di sekolah.



Berbekalkan sokongan dan dorongan guru-guru serta rakan-rakannya, Irham tekad berusaha mencapai prestasi terbaik di sekolah sambil mengimbangi komitmen dalam kegiatan kokurikulum (CCA) sebagai Pengerusi Kelab Media.



Dalam satu panggilan video bersama Berita Harian, Irham, 16 tahun, berkata walaupun keadaan buta warnanya tidak menjejas tugas harian, beliau masih menghadapi beberapa kesulitan dalam mata pelajaran Rekaan dan Teknologi (D&T).



"Untuk peperiksaan GCE peringkat 'N' bagi D&T, saya seharusnya menghasilkan satu prototaip yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi kanakkanak.



"Jadi saya telah merancang untuk menghasilkan prototaip dengan menggunakan akrilik merah, warna kegemaran adik saya.



"Tetapi setelah saya menghasilkannya separuh jalan, rakan saya telah memberitahu saya bahawa warna yang saya pilih adalah ungu," kata pelajar Normal (Akademik) itu sambil tertawa.



"Tapi apa yang boleh saya lakukan ketika itu? Tidak cukup masa untuk hasilkan prototaip baru, jadi saya teruskan sahaja dengan warna akrilik tersebut," tambahnya yang menghadapi cabaran untuk membezakan warna seperti merah dan ungu.



Walaupun beliau akur terdapat 'kekurangan' diri, namun Irham berkata ia hanya mendorong dirinya untuk menunjukkan bahawa beliau tetap boleh lakukan apa yang orang lain boleh.



Sepanjang empat tahun beliau bersama Kelab Media, Irham aktif mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Video Bicentennial pada 2019 dan Pertandingan Jurugambar Remaja Canon pada tahun 2021.



Dalam Pertandingan Video Bicentennial pada 2019, pasukannya telah menerima sebutan terhormat.



Selain itu, sebagai seorang pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu, Irham sering merebut apa jua peluang yang ada untuk mengembangkan minatnya, termasuk dalam menyandang jawatan kepimpinan.



Tahun lalu, sebagai pengerusi kelas pada 2020, beliau memainkan peranan penting dalam menyatukan rakan kelasnya untuk bekerjasama dalam aktiviti kelas.



Antaranya termasuk menghasilkan video khas, dalam kegiatan sukarela Values In Action, bagi pekerja migran untuk memperkenalkan budaya Singapura.



"Dalam video itu, saya dan rakan-rakan saya telah memperkenalkan Singapura melalui sejarah, makanan serta cara-cara bagaimana untuk berbahasa 'Singlish'.



"Bagi saya, pekerja-pekerja migran ini sedikit sebanyak adalah warga Singapura kerana mereka banyak menyumbang kepada pembangunan negara.



"Ini adalah usaha yang kecil bagi saya untuk menunjukkan bahawa kita menghargai mereka," kata anak kedua daripada empat orang beradik.



Irham merupakan antara pelajar yang telah menerima keputusan GCE peringkat 'N' semalam.



Meskipun sibuk dengan pelbagai kegiatan, Irham yang mengambil enam mata pelajar berjaya meraih dua gred A dan tiga gred B.



Mengulas mengenai pencapaiannya, Irham berkata walau beliau rasa kurang berpuas hati dengan keputusannya, namun beliau tetap berterima kasih di atas sokongan dan dorongan guru-guru dan ibu bapanya.



Dengan pencapaiannya, anak muda itu merancang untuk menceburi bidang kejuruteraan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).




"Untuk peperiksaan peringkat 'N' bagi D&T (mata pelajaran Rekaan dan Teknologi), saya seharusnya menghasilkan satu prototaip yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi kanak-kanak.

Jadi saya telah merancang untuk menghasilkan prototaip dengan menggunakan akrilik merah, warna kegemaran adik saya.

Tetapi setelah saya menghasilkannya separuh jalan, rakan saya telah memberitahu saya bahawa warna yang saya pilih adalah ungu...

Tapi apa yang boleh saya lakukan ketika itu? Tidak cukup masa untuk hasilkan prototaip baru, jadi saya teruskan sahaja dengan warna akrilik tersebut."

- Irham Rizqie Mohammed Sani, 16 tahun, pelajar yang buta warna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >