Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Terus gigih tingkat diri lebih 40 tahun bersama SBS Transit

Dec 15, 2021 | 05:30 AM



SEPANJANG lebih empat dekad berkhidmat dalam syarikat pengangkutan SBS Transit, Encik Hainee Abdul Rahman telah menyaksikan pelbagai perubahan, khususnya dalam aspek teknologi kejuruteraan dan teknikal berkaitan bas.



Demi mengikuti perkembangan terkini itu, pakar teknikal kanan itu telah menyertai pelbagai kursus supaya kemahirannya tidak lapuk dan dia terus kekal relevan dalam pekerjaannya.



Antaranya, dia telah melanjutkan pengajiannya dalam kursus Nitec dalam Teknologi Automatif sekitar 30 tahun lalu untuk memperdalam kemahirannya dalam kejuruteraan bas.



Pada 2018, Encik Hainee telah ke Sweden untuk menyertai kursus cara mengendalikan bas hibrid diesel dan kini merupakan seorang teknisyen diperakui bagi bas hibrid Volvo dengan kepakaran khusus dalam menangani sistem voltan tinggi.



"Saya telah mengikuti banyak kursus peningkatan kemahiran untuk meraih lebih banyak kemahiran. Dan antara cabaran yang saya perlu hadapi ialah teknologi dan jenis bas yang baru.



"Antaranya ialah bas hibrid dan bas yang menggunakan elektrik sepenuhnya. Disebabkan itu, saya perlu tahu bagaimana jenis bas baru ini kerana bas ini mempunyai bateri voltan yang tinggi.



"Sebelum kita serahkan bas ini kepada teknisyen untuk mereka lakukan tugas, kami perlu memastikan voltan elektriknya tidak beroperasi dan sudah dimatikan dan mengesahkan bahawa semuanya okey dan selamat," katanya.



Berkat usaha gigih dan rajin mempertingkat kemahiran, Encik Hainee, 62 tahun, menerima Anugerah Biasiswa SkillsFuture, yang mengiktiraf individu yang merupakan pakar kemahiran dalam bidang masing-masing dan pejuang pembelajaran sepanjang hayat serta komited menjadi mentor kepada orang lain.



Sebagai sebahagian daripada anugerah itu, beliau juga menerima hadiah wang tunai $10,000 yang boleh digunakan untuk menyertai kursus peningkatan kemahiran.



Encik Hainee menambah bahawa antara kursus lain yang pernah disertainya termasuk yang berkaitan dengan komponen bas, seperti sistem pintu, sistem elektrik, dan sistem kotak gear.



Tidak lokek ilmu, Encik Hainee memainkan peranan aktif sebagai mentor di tempat kerjanya untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan yang diraih menerusi kursus yang dihadirinya.



"Ketika ada rakan kerja yang menghadapi masalah dalam tugas, saya akan tunjukkan cara mereka menanganinya.



"Bagi kakitangan baru pula, saya akan membimbing dan mengajar mereka cara melakukan tugas seperti pembaikan dan sebagainya," katanya.



"Dengan ini, saya dapat membuktikan kepada yang lain bahawa usia bukan satu penghambat.



"Saya boleh mempertingkatkan diri sendiri dan saya boleh terus belajar serta membimbing rakan sekerja saya," katanya lagi.



Encik Hainee berkata dia merancang mengikuti beberapa kursus lain yang berkaitan dengan pekerjaannya pada tahun depan, seperti menganalisis dan memperbaiki masalah mekanikal yang ditemui, celik komputer, dan penyeliaan serta pengurusan.



Bagi Encik Hainee, penting bagi seseorang itu untuk terus belajar dan menimba kemahiran serta ilmu baru sepanjang hayat, dan ini penting bagi dirinya terutamanya sebagai kakitangan kanan yang perlu terus memperdalami pengetahuan dalam tugasnya.



"Ada saja peluang untuk saya belajar dan mempertingkatkan kemahiran, saya akan lakukannya.



"Setelah itu, saya akan kongsi dan turunkan kemahiran yang diraih itu kepada rakan sekerja dan juga generasi muda sebagai seorang mentor," katanya.




TIMBA ILMU AGAR KEKAL RELEVAN



"Saya telah mengikuti banyak kursus peningkatan kemahiran untuk meraih lebih banyak kemahiran. Dan antara cabaran yang saya perlu hadapi ialah teknologi dan jenis bas yang baru.

Antaranya ialah bas hibrid dan bas yang menggunakan elektrik sepenuhnya. Disebabkan itu, saya perlu tahu bagaimana jenis bas baru ini kerana bas ini mempunyai bateri voltan yang tinggi.

Sebelum kita serahkan bas ini kepada teknisyen untuk mereka lakukan tugas, kami perlu memastikan voltan elektriknya tidak beroperasi dan sudah dimatikan dan mengesahkan bahawa semuanya okey dan selamat."



KONGSI KEMAHIRAN YANG DIRAIH



"Bagi kakitangan baru pula, saya akan membimbing dan mengajar mereka cara melakukan tugas seperti pembaikan dan sebagainya...

Dengan ini, saya dapat membuktikan kepada yang lain bahawa usia bukan satu penghambat.

Saya boleh mempertingkatkan diri sendiri dan saya boleh terus belajar serta membimbing rakan sekerja saya."

- Encik Hainee Abdul Rahman, 62 tahun, pakar teknikal kanan, SBS Transit.




BUTIRAN ANUGERAH



Baru-baru ini, seramai 18 warga Singapura dan 11 majikan menerima penghargaan tertinggi bagi dedikasi mereka terhadap penguasaan dan pembangunan kemahiran di majlis Anugerah Biasiswa SkillsFuture dan Anugerah Majikan SkillsFuture.



Majlis yang diadakan secara hibrid di Marina Bay Sands dan juga dalam talian, turut dihadiri tetamu terhormat, Presiden Halimah Yacob.



Anugerah Biasiswa SkillsFuture diberikan kepada individu yang merupakan pakar kemahiran dalam bidang masing-masing dan pejuang pembelajaran sepanjang hayat serta komited menjadi mentor kepada orang lain.



Anugerah ini dibuka kepada rakyat Singapura dengan pengalaman kerja dalam industri (atau yang berkaitan) atau fungsi pekerjaan yang sama selama sekurang-kurangnya 10 tahun.



Penerima akan mendapat hadiah wang tunai $10,000 untuk terus membangunkan kemahiran mereka




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >