Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Butiran semakan badan pensijilan halal asing Muis diumum lewat 2021

Feb 01, 2021 | 08:44 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai semakan rangka kerja pengiktirafan Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) lewat tahun ini.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:



“Semakan bagi rangka kerja pengiktirafan FHCB bertujuan memperkukuh pentadbiran dan keterbukaan, serta menyelaraskan lagi rangka kerja dengan keperluan makanan halal domestik.



“Muis akan melibatkan peniaga, FHCB dan pihak berkepentingan relevan untuk mengumpul maklum balas. Lebih banyak butiran akan diumumkan lewat tahun ini.”



Beliau memberi jawapan bertulis itu untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) di Parlimen pada Isnin (1 Februari).



Encik Zhulkarnain telah bertanya sama ada Muis yang sedang menjalankan semakan untuk memperkukuh pentauliahan FHCB akan mengadakan perundingan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >