Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CAAS, Airbus kaji operasi pesawat guna hidrogen

Dapatan kerjasama dalam penerbangan mampan akan digunakan bagi gubal dasar, rancang prasarana dan pembangunan industri
Nov 19, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan syarikat aeroangkasa Airbus akan melancarkan satu kajian kebolehlaksanaan teknikal mengenai operasi pesawat yang dikuasai hidrogen awal tahun depan.



Projek itu - sebahagian daripada kerjasama mereka dalam penerbangan mampan - akan mengkaji apakah sebuah hab hidrogen lapangan terbang dan keperluan prasarana bagi menyokong operasi pesawat dikuasai hidrogen pada masa depan boleh dilaksana.



Ini termasuk penghasilan, penyimpanan dan pengagihan hidrogen, khidmat atas darat pesawat, peralatan logistik, dan sistem mengisi minyak.



"Kajian itu akan memeriksa bagaimana keperluan ini boleh dirancang dan diperuntukkan dalam pembangunan lapangan terbang, sama ada secara awal atau secara berperingkat untuk menyediakan pilihan sedang teknologi itu dibangunkan," kata CAAS dalam satu kenyataan semalam.



Kajian itu akan dijalankan selama dua tahun dan dapatannya akan digunakan bagi penggubalan dasar, perancangan prasarana dan pembangunan industri.



Semalam, CAAS dan Airbus menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) untuk bekerjasama dalam penerbangan mampan sedang perjalanan udara antarabangsa pulih daripada pandemik Covid-19.



MOU itu ditandatangani Ketua Pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan, dan Ketua Pegawai Teknikal dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Airbus, Cik Sabine Klauke.



Di bawah MOU itu, kedua-duanya, CAAS dan Airbus, akan mengkaji permintaan dan bekalan pengeluaran bahan api alternatif bagi penerbangan dan cara ia boleh menyumbang kepada strategi penyahkarbonan.



Selain itu, mereka akan meneroka peluang bagi penyelidikan dan pengembangan teknologi mengganggu dan prasarana lapangan terbang yang menerapkan teknologi, proses dan amalan yang membolehkan kakitangan menjadi produktif.



CAAS dan Airbus juga akan meneliti keadaan ekonomi, persekitaran peraturan dan dasar serta piawaian antarabangsa yang diperlukan untuk menyokong penerbangan mampan.



Encik Han berkata penyahkarbonan merupakan satu keutamaan bagi penerbangan antarabangsa, dan pemulihan daripada Covid-19 bukan satu pengembalian kepada "perniagaan seperti biasa" tetapi satu peluang membangunkan semula sektor penerbangan menjadi lebih mampan.



"Ia bukan persoalan tentang sama ada tetapi bagaimana menjadikan penerbangan lebih hijau dan membangunkan laluan konkrit untuk mencapai matlamat itu sementara memastikan perjalanan udara masih boleh dilakukan.



"Menjadikan penerbangan mampan berdaya maju memerlukan kerjasama rentas sektor untuk mencipta semula seluruh ekosistem dan kerjasama rapat antara sektor awam dan swasta," kata beliau.



Cik Klauke pula berkata Airbus komited menerajui usaha penyahkarbonan sektor penerbangan dan menyasar menyediakan pesawat komersial sifar pelepasan karbon yang pertama di dunia menjelang 2035.



"Usaha penyahkarbonan industri kami memerlukan gabungan pendekatan, dengan hidrogen salah satu daripadanya, dan akan memerlukan kerjasama rentas sektor tidak pernah dilihat sebelum ini untuk mencipta ekosistem prasarana penerbangan baru.



"Oleh itu, kami gembira mempunyai CAAS sebagai rakan sedang kami memulakan perjalanan menarik ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >