Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CAAS izin pesawat Boeing 737 Max kembali bawa penumpang di S’pura

Sep 06, 2021 | 12:08 PM



PESAWAT Boeing 737 MAX dibenarkan untuk kembali beroperasi membawa penumpang keluar masuk Singapura bermula Isnin (6 September), setelah lebih dua tahun dikenakan sekatan.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata ia telah melonggarkan sekatan itu, yang dikenakan pada 12 Mac 2019 lalu menyusuli dua kemalangan melibatkan jenis pesawat tersebut.



“CAAS telah memutuskan untuk meniadakan sekatan itu setelah selesai pemeriksaan teknikalnya, yang termasuk penilaian perubahan reka bentuk kepada pesawat itu yang dilakukan Boeing dan diluluskan Pentadbiran Penerbangan Federal Amerika Syarikat (FAA) dan penguasa pengesahan yang lain,” kata CAAS pada Isnin.



CAAS juga berkata ia telah menyemak data operasi penerbangan pesawat itu sejak ia kembali berkhidmat sepanjang sembilan bulan lalu dan memerhatikan tiada isu keselamatan yang membimbangkan.



Ketua Pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan, berkata: “Keselamatan penerbangan amat penting. CAAS telah berhati-hati dalam menilai, memantau dan memastikan langkah sewajarnya telah diambil dan agar pesawat Boeing 737 MAX boleh beroperasi secara selamat, sebelum melonggarkan sekatan ke atas operasi pesawat itu dari dan ke Singapura.”



Dua kemalangan Boeing 737 MAX sebelum ini melibatkan syarikat penerbangan Indonesia Lion Air pada Oktober 2018 dan Ethiopian Airlines pada Mac 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >