Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CAAS: Lagi $84j untuk sokong firma, pekerja sektor penerbangan

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah memperuntuk lagi dana sebanyak $84 juta untuk menyokong syarikat dan pekerja dalam sektor penerbangan.



Sokongan itu bertujuan membantu syarikat penerbangan menguruskan kos operasi yang bertambah akibat pandemik Covid-19, melabur dalam usaha yang menambah produktivi bagi masa depan dan membantu pekerja mengekalkan atau meluaskan kemahiran, kata Penguasa Pengangkutan Udara Awam Singapura (CAAS) semalam.



Ia melebihi sokongan yang diperuntuk pemerintah bagi sektor tersebut sebelum ini, seperti Pakej Bantuan Sektor Penerbangan dan Pakej Sokongan Dipertingkat Sektor Penerbangan.



"Menerusi langkah-langkah ini, kami berharap dapat memperkukuh daya tahan syarikat dan pekerja dalam sektor penerbangan sedang sektor ini terus mengharungi pandemik Covid-19.



"Ini genting dalam usaha memulihkan hab udara kita dan memastikan kita berada pada kedudukan baik apabila pengangkutan udara pulih nanti," kata CAAS dalam satu kenyataan.



Menurut CAAS, sekitar $20 juta daripada pendanaan tambahan itu akan diperuntuk bagi usaha memelihara kemahiran dan memperluas kemahiran pekerja.



Ini termasuk bekerjasama dengan SkillsFuture Singapore (SSG) untuk memberi sokongan kepada syarikat penerbangan berpangkalan di Singapura dalam melatih semula juruterbang supaya kemahiran mereka sesuai dengan tuntutan masa ini.



Ini termasuk memberikan rebat 100 peratus bagi yuran pelesenan dan penilaian perubatan yang perlu diperoleh juruterbang, jurutera penyenggaraan pesawat dan pekerja kawalan trafik udara, bagi tempoh antara 1 April 2020 dengan 31 Mac 2021.



Kakitangan sektor penerbangan yang menanggung risiko kehilangan pekerjaan pula akan dibantu menambah kemahiran dan beralih ke pekerjaan di sektor lain.



Sebanyak $39 juta pula akan disediakan, antara lain untuk membantu syarikat penerbangan membangunkan dan melaksana teknologi untuk melindungi pekerja di lapangan terbang dan kru udara daripada dijangkiti Covid-19, termasuk membangunkan sistem pembersihan kuman di pesawat dan bahagian bagasi.



Lagi $25 juta akan dimasukkan ke Dana Pembangunan Penerbangan (ADF) yang bertujuan memberi sokongan pendanaan hingga 90 peratus kepada syarikat hingga 31 Mac 2022.



Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, berkata cabaran bagi sektor penerbangan berterusan meskipun beberapa sektor lain telah mula menunjukkan tanda-tanda bangkit daripada pandemik ini.



"Banyak sektor mula pulih, tetapi bagi sektor penerbangan, musim sejuk berterusan. Lapangan Terbang Changi terus senyap dan kita terus menerima hanya lebih 2 peratus daripada jumlah biasa penumpang," ujar Encik Ong.



"Namun kita akan pulih dan terbang tinggi lagi," katanya dalam satu ucapan melalui video di Facebook.




"Banyak sektor mula pulih, tetapi bagi sektor penerbangan, musim sejuk berterusan. Lapangan Terbang Changi terus senyap dan kita terus menerima hanya lebih 2 peratus daripada jumlah biasa penumpang. Namun kita akan pulih dan terbang tinggi lagi."
- Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung.




KES COVID-19 DI SG - 29 DIS



JUMLAH KES BARU: 13

DALAM MASYARAKAT: 0

IMPORT: 13

DI DORMITORI: 0

JUMLAH KEMATIAN: 28

JUMLAH KESELURUHAN KES: 58,542 (Hingga 12 tengah hari semalam)



Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.bh.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >