Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CAAS lancar kempen keselamatan semasa penerbangan

Nov 19, 2018 | 04:43 PM



MELIHAT keadaan gelora di udara menjadi punca utama kecederaan berlaku pada kru penerbangan serta pelancong, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) telah melancarkan kempen baru yang mengingatkan pelancong agar mematuhi peraturan keselamatan mudah semasa penerbangan.

Menerusi wadah media sosial, pihak berkuasa akan menerangkan mengapa peraturan tersebut perlu dipatuhi.

Antara peraturan itu ialah penumpang perlu menggunakan tali pinggang keledar walaupun isyarat memakainya dimatikan dan penutup tingkap perlu dinaikkan ketika pesawat sedang bergerak perlahan, berlepas dan mendarat.

Contohnya, penutup tingkap wajib dinaikkan supaya penumpang boleh melihat dengan jelas apa yang berlaku di luar pesawat.

Ini akan membolehkan mereka memaklumkan kepada kru sekiranya mereka melihat sebarang kecemasan atau keadaan luar biasa seperti api keluar dari kawasan sayap pesawat dengan segera.

Pengarah piawaian penerbangan CAAS Encik Alan Foo berkata:

"Walaupun CAAS mempunyai banyak peraturan keselamatan, penting bagi penumpang memainkan peranan mereka."

Encik Foo memberi amaran bahawa gelora misalnya, boleh berlaku secara tiba-tiba.

Beliau menambah terdapat banyak kes di mana penumpang cedera sewaktu berlakunya gelora di udara.

Katanya:

"Dalam kes yang teruk, penumpang boleh tercampak ke siling jika mereka tidak menggunakan tali pinggang keledar."

Penumpang yang berpendapat akan ada cukup masa menggunakan tali pinggang keledar semasa cuaca tidak baik, memandangkan ia hanya mengambil masa beberapa saat sahaja berbuat demikian, sebenarnya salah, tegasnya.

Beliau menjelaskan bahawa apabila gelora yang tidka dapat dikesan lebih awal berlaku dan ketinggian pesawat jatuh sebanyak 100 kaki, tidak akan ada masa untuk bertindak.

Encik Foo menambah bahawa pergolakan boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja, apabila terdapat pergerakan di antara dua ruang udara, sama ada secara menegak atau lateral, pada kelajuan berbeza.

Pergerakan ini menyebabkan pesawat ditolak ke atas atau ke bawah, kata pakar.

Sekitar sebulan lalu, lebih daripada 12 penumpang cedera dan bahagian dalam pesawat rosak selepas penerbangan Aerolineas Argentinas mengalami gelora teruk antara Miami, Florida, dengan Buenos Aires di Argentina.

Badan syarikat penerbangan global sedang membangunkan pangkalan data bagi menyediakan data pergolakan pada masa nyata agar dapat membantu juruterbang, penyampai penerbangan dan pakar meteorologi mengehadkan berlakunya kecederaan semasa terjadinya gelora semasa penerbangan.

Maklumat lanjut boleh dijangkakan pada minggu-minggu mendatang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >