Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CAAS lantik pengerusi baru

Jun 21, 2018 | 04:41 PM



ENCIK Edmund Cheng Wai Wing akan dilantik sebagai pengerusi Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mulai 1 Julai.



CAAS mengumumkan demikian menerusi satu kenyataan hari ini (21 Jun).



Encik Cheng akan menggantikan Encik Lee Hsien Yang, yang akan mengundur diri daripada jawatan itu pada 30 Jun.



Encik Lee telah menerajui CAAS sebagai pengerusinya selama sembilan tahun.



Encik Cheng juga merupakan timbalan pengerusi Wing Tai Holdings Limited dan pengerusi Mapletree Investments serta Muzium Seni Singapura.



Selain itu, beliau juga telah berkhidmat sebagai timbalan pengerusi CAAS sejak 1 Disember 2016.



Menerusi kenyataannya, Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata Encik Lee telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Singapura sebagai sebuah hab penerbangan.



MOT turut merakamkan penghargaannya kepada Encik Lee bagi khidmatnya yang cemerlang dan berdedikasi kepada CAAS selama ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >