Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CAAS minta orang ramai, syarikat hati-hati dengan penipuan menerusi e-mel

May 14, 2020 | 03:15 PM



PENGUASA Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menyedari penipuan e-mel yang sedang berlangsung, melibatkan penyamaran sebagai wakil CAAS.



Menurut CAAS, si penyamar menghantar e-mel ke pembekal untuk meminta sebut harga langsung barang atau perkhidmatan tertentu, dan mengeluarkan surat pengesahan palsu dan pesanan pembelian kepada mereka.



Alamat e-mel dengan nama atau domain serupa dengan e-mel CAAS yang sah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada penerima. 



Contoh akaun palsu termasuk tenders@caasgovsg.com dan tenders.caas.gov@gmail.com.



CAAS memandang serius perkara tersebut dan telah melaporkan kes tersebut kepada polis untuk disiasat. 



CAAS juga telah memberitahu pembekal yang terjejas untuk mengabaikan dan menyenarai hitam e-mel palsu.



CAAS ingin menasihati rakan perniagaan dan orang ramai agar sentiasa berwaspada e-mel mencurigakan yang kelihatan serupa dengan e-mel rasmi CAAS (@ caas.gov.sg), dan 

berhati-hati semasa berkongsi maklumat perniagaan atau peribadi mereka dalam talian. 



Sekiranya ada menghadapi penipuan ini, sila abaikan e-mel dan jika perlu, buat laporan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >