Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CAAS siasat kes juruterbang SIA yang gagal ujian alkohol

Sep 18, 2018 | 03:27 PM



PENGUASA Penerbangan Awam Singapura (CAAS) telah melancarkan siasatan terhadap seorang juruterbang Singapore Airlines (SIA) yang ditangkap di Australia Sabtu lalu (15 September) kerana gagal satu ujian alkohol sebelum penerbangannya.



Pengarah (layak terbang dan operasi penerbangan) CAAS, Encik Alan Foo, berkata ini merupakan kali pertama dalam tempoh 10 tahun mereka menyiasat kes sedemikian, lapor akhbar The Straits Times.



SIA yang telah menggantung khidmat juruterbang itu juga telah memulakan siasatan mereka sendiri berhubung hal itu.



Kejadian itu telah menyebabkan SIA membatalkan satu penerbangan dari Melbourne ke Wellington, New Zealand, Sabtu lalu.



Semasa ujian dadah dan alkohol rambang yang dijalankan oleh kakitangan Penguasa Keselamatan Penerbangan Awam Australia ke atas semua anak kapal sebelum penerbangan itu, juruterbang berkenaan didapati mempunyai tahap alkohol yang lebih tinggi daripada sepatutnya.



Di bawah Perintah Navigasi Udara Singapura, jika sabit kesalahan, juruterbang itu boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga $100,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >