Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN - KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

CAAS teroka strategi selamat buka sempadan

Antara langkah ialah tingkat kapasiti ujian Covid-19 sebagai ganti tempoh kuarantin, SHN
Mar 06, 2021 | 05:30 AM



UNTUK memastikan Singapura mampu menyesuaikan diri dengan norma baru penerbangan antarabangsa serta membina semula hab penerbangan Changi, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan meneroka beberapa strategi supaya sempadan Singapura dapat dibuka dengan selamat.



Antaranya termasuk meningkatkan kapasiti ujian Covid-19 untuk menggantikan tempoh kuarantin atau notis jangan keluar rumah (SHN).



Ini selain menjalinkan kerjasama dengan beberapa negara untuk mewujudkan gelembung perjalanan udara (ATB) dan membuka sempadan khas untuk negara tertentu dengan kadar jangkitan Covid-19 yang sama seperti Australia, Brunei dan China.



Mengumumkan perkembangan ini semalam, Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung berkata langkah-langkah ini bertujuan membina semula prestasi Lapangan Terbang Changi sebagai hab penerbangan antarabangsa pascapandemik.



Walaupun tidak realistik untuk menjangkakan sektor penerbangan pulih sepenuhnya tahun ini, namun Encik Ong berkata dengan vaksin yang diperkenalkan lebih banyak negara yang akan membuka sempadan mereka.



"Misi kami tahun ini bukan untuk pulih sepenuhnya serta merta, tetapi untuk sesuaikan diri dengan norma baru, membuka sempadan dengan selamat dan meningkatkan keyakinan serta kepercayaan bahawa Lapangan Terbang Changi masih tetap kekalkan prestasinya sebagai hab penerbangan antarabangsa pasca-Covid-19," katanya.



Ada isyarat yang pemulihan ini sedang berlaku, tambahnya, dan memberi contoh bagaimana Pertubuhan Kesihatan Dunia memutuskan untuk berkumpul di Singapura dan terbang melalui Changi dalam perjalanan menuju Wuhan, China untuk kunjungan sambil belajar.



Encik Ong berkata demikian memberikan responsnya kepada beberapa anggota parlimen, termasuk Cik Poh Li San (GRC Sembawang), berkaitan strategi Kementerian Pengangkutan untuk kembali merancakkan hab penerbangan Changi.



Katanya, pemerintah akan berusaha untuk menghidupkan semula sektor penerbangan dengan menggantikan perintah kuarantin dan notis jangan keluar rumah dengan gabungan langkah yang boleh mengurangkan risiko jangkitan.



Ini akan dilakukan melalui empat cara- ujian Covid-19, mengasingkan pelawat ke Singapura daripada masyarakat umum, membuka sempadan Singapura bagi pelawat dari negara yang dapat mengawal kes jangkitan Covid-19 serta mengkaji kesan vaksin Covid-19.



Singapura kini berupaya menjalankan 60,000 ujian Covid-19 sehari dan ini dapat membantu mengesan jangkitan di peringkat awal, katanya.



Encik Ong juga menambah Singapura telah membuka sempadannya secara sehala kepada negara seperti Australia, Brunei dan China.



"Sejauh ini, skim tersebut tidak menyebabkan lebih banyak kes jangkitan," katanya.



Tambahnya, Singapura masih merancang untuk mewujudkan ATB dengan kerjasama negara lain.



Sebelum ini, aturan ATB dijangka dilancarkan November lalu namun ditangguhkan sehari sebelum pelancarannya disebabkan kes Covid-19 yang meningkat di Hong Kong pada masa itu.



Sementara itu, Encik Ong berkata Singapura masih menantikan kewujudan data saintifik yang dapat menentukan keberkesanan vaksinasi dalam mengurangkan jangkitan virus.



Ini akan menentukan sama ada langkah kawalan keselamatan dapat dikurangkan bagi pelawat yang divaksin, mungkin dengan tidak dikenakan notis jangan keluar rumah.



Tambahnya, Singapura juga dalam perbincangan - secara dua hala dan juga di wadah antarabangsa - untuk mewujudkan sistem untuk mengiktiraf vaksinasi Covid-19.



Namun, beliau menekankan semua langkah yang diperkenalkan tidak akan berkesan jika dikuatkuasakan sendiri secara berasingan.



Buat masa kini, jumlah penumpang di Changi Airport hanya 2.5 peratus jumlah yang dicatatkan sebelum pandemik Covid-19.



Pergerakan pesawat pula kini 25 peratus daripada jumlah penerbangan sebelum pandemik, dengan kebanyakannya membawa kargo.




"Misi kami tahun ini bukan untuk pulih sepenuhnya serta merta, tetapi untuk sesuaikan diri dengan norma baru, membuka sempadan dengan selamat dan meningkatkan keyakinan serta kepercayaan bahawa Lapangan Terbang Changi masih tetap kekalkan prestasinya sebagai hab penerbangan antarabangsa pasca-Covid-19."
- Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >