Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

CAAS: Video kumpulan besar penumpang Asia Selatan di Lapangan Terbang Changi ‘mengelirukan’, dirakam sebelum larangan perjalanan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

CAAS: Video kumpulan besar penumpang Asia Selatan di Lapangan Terbang Changi ‘mengelirukan’, dirakam sebelum larangan perjalanan

May 06, 2021 | 05:49 PM

SATU video yang dikatakan menunjukkan sekumpulan besar penumpang daripada Asia Selatan tiba di Lapangan Terbang Changi pada Rabu (5 Mei) - selepas Singapura memperketat sekatan perjalanan dari India - “mengelirukan”, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

Dalam satu pos di Facebook pada Khamis, CAAS menjelaskan bahawa "tiada penerbangan dari Asia Selatan yang tiba di Terminal 1 pada awal Rabu".

Mereka dilihat berjalan melalui dinding adang pengubahsuaian (renovation hoarding), yang telah dialihkan pada 5 April, kata CAAS.

Ini menunjukkan bahawa video tersebut dirakam sebelum 11.59 malam pada 23 April, ketika pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek yang baru-baru ini mempunyai sejarah perjalanan ke India dilarang masuk atau transit melalui Singapura. 

Sejak 1 Mei, kawalan sempadan yang sama telah dilanjutkan kepada pelawat yang baru-baru ini mempunyai sejarah perjalanan ke Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3