Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CAAS: Video ramai tiba di Changi dari Asia Selatan 'mengelirukan', dirakam sebelum larangan perjalanan

May 07, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH video yang menunjukkan sekumpulan besar penumpang dari Asia Selatan tiba di Lapangan Terbang Changi kelmarin - selepas Singapura memperketat sekatan perjalanan bagi pelawat dari India - adalah mengelirukan, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).



CAAS menjelaskan tiada penerbangan dari Asia Selatan tiba di Terminal 1 pada awal petang Rabu.



Video itu, yang diterbitkan di laman Facebook bernama Singapore Incidents, menunjukkan lebih 60 penumpang tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi sekitar 2.53 petang.



Mereka dilihat berjalan melintasi tembok sementara bagi kerja ubah elok yang diturunkan pada 5 April, kata CAAS.



Ini menunjukkan video itu dirakam sebelum 11.59 malam 23 April, apabila pemegang pas jangka panjang dan pengunjung jangka pendek yang pernah ke India bagi tempoh masa tertentu dilarang transit di sini atau memasuki Singapura.



Mulai 1 Mei, sekatan sempadan itu dilanjutkan kepada pelawat yang baru-baru ini pernah ke Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka.



"Kami menggesa pihak awam supaya bergantung pada maklumat daripada laman web rasmi dan jangan menyebar video dan maklumat lain yang boleh mengandungi maklumat palsu," kata CAAS di Facebook, sambil berkata ia akan berkongsi maklumat lanjut tidak lama lagi.




COVID-19 DI SG - 6 MEI



Kes baru: 18



Dalam masyarakat: 2



Import: 16



Di dormitori: 0



Kematian: 31



Jumlah keseluruhan kes: 61,286



(Hingga 12 tengah hari semalam)



Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.BH.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >