Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabang DBS, bursa Australia terima lesen tawar khidmat token bayaran digital

Oct 02, 2021 | 05:30 AM



DBS Vickers telah mendapat lesen untuk menawarkan perkhidmatan token pembayaran digital di Singapura, sementara bursa mata wang kripto Australia, Independent Reserve menjadi entiti asing pertama yang diberikan lesen itu.



Para pemerhati industri menjangkakan lebih banyak lesen sedemikian di bawah Akta Perkhidmatan Pembayaran akan dilancarkan pada bulan-bulan mendatang kerana Penguasa Kewangan Singapura (MAS) baru-baru ini memberikan persetujuan secara prinsip, kepada beberapa pemohon.



Lesen pertama dikeluarkan ialah kepada firma teknologi kewangan (fintech) Singapura, Fomo Pay bulan lalu.



Kelulusan pengawalan itu diberikan pada saat firma mata wang kripto menghadapi pemeriksaan ketat dari badan kawal selia di seluruh dunia.



Ini di tengah-tengah industri aset digital yang berkembang pesat, bernilai AS$1.91 trilion ($2.59 trilion).



Dengan lesen tersebut, DBS Vickers, iaitu cabang broker DBS dan anggota Bursa Digital DBS (DDEx), akan dapat secara langsung menyokong pengurus aset dan syarikat untuk berdagang token pembayaran digital melalui DDEx.



Bursa Singapura (SGX) memegang saham sebanyak 10 peratus dalam DDEx.



DDEx telah menyifatkan ia sebagai satu-satunya bursa digital perkhidmatan penuh yang disokong bank di dunia, menawarkan perdagangan mata wang kripto, memanfaatkan token aset dan perkhidmatan penjagaan digital.



Cik Eng-Kwok Seat Moey, ketua pasaran modal di DBS dan pengerusi DDEx, memberitahu akhbar The Straits Times:



"Kami telah melihat permintaan yang tinggi dari pelanggan kami sejak DDEx dilancarkan pada bulan Disember tahun lalu.



"Kami menjangkakan jumlah peserta dalam DDEx akan berganda hingga 1,000, dan meningkatkannya sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus setiap tahun dalam tempoh tiga tahun akan datang kerana token digital dan perdagangan mata wang kripto mendapat sambutan lebih tinggi."



Sehingga akhir Jun, bursa khusus untuk ahli sahaja itu - yang merupakan pelabur korporat, individu bertauliah dan pejabat keluarga - mempunyai sekitar 400 pelabur dan menyenaraikan tawaran token sekuriti buat pertama kali, dalam bentuk bon digital $15 juta pada bulan itu.



Jumlah nilai dagangan melonjak menjadi sekitar $180 juta pada suku kedua tahun ini, lebih daripada lima kali ganda nilai yang diperdagangkan pada suku sebelumnya.



MAS telah menerima 170 permohonan lesen dari penyedia perkhidmatan token pembayaran digital, termasuk dari bursa kripto global seperti Coinbase dan Kraken.



30 permohonan ditarik setelah berbincang dengan MAS dan dua ditolak.



Peraturan di Singapura dilihat sebagai mesra kripto dan telah menarik firma mata wang kripto global untuk menubuhkan pejabat di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >