Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabar diri sendiri untuk terus buru ilmu

Aug 16, 2021 | 05:30 AM



BUKAN satu tetapi dua sijil pos siswazah diambil Encik Darius Iskandar Reduan walaupun baru setahun lulus dengan ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan di Universiti Nasional Singapura (NUS) tahun lalu.



Semangat menimba ilmu memang tersemat dalam diri jurutera SMRT itu bagi meningkatkan ilmu dan kemahirannya.



Selepas mengambil Sijil Pos-Siswazah Dalam Analitik Data dan Visualisasi secara sambilan di NUS yang dibiayainya sendiri, beliau kini mahu pula mengambil Sijil Pos-Siswazah dalam Teknologi Rel Bandaran di Institut Teknologi Singapura (SIT) yang dibiayai majikannya.



"Saya yakin pembelajaran merupakan satu perjalanan yang tidak henti dan saya mencabar diri saya untuk belajar seberapa banyak yang mungkin.



"Tambahan pula, teknologi akan terus maju ke hadapan, sijil-sijil pos-siswazah ini akan membantu saya meningkatkan tugas saya,'' kata Encik Darius, 26 tahun, seorang jurutera SMRT.



Beliau menyertai SMRT di bawah skim Kejuruteraan dan Pengurusan Bersekutu yang menyediakan laluan kerjaya dan peluang berstuktur dan SMRT akan membayar pengajiannya itu.



Ditanya mengapa beliau memilih kursus Teknologi Rel Bandaran bagi kursus pos-siswazahnya yang kedua, Encik Darius, yang masih bujang, berkata ia akan dapat meningkatkan pengetahuannya dalam bidang industri rel.



Mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan mungkin cukup untuk bermula dalam industri itu tetapi sijil pos-siswazah dalam bidang itu akan memberikan gambaran menyeluruh mengenai industri rel.



Ini akan membantu beliau mencari jalan bagi membaiki dan membantu SMRT menyediakan perjalanan yang selamat dan berkesan bagi penumpang.



Justeru, bidang pelajarannya itu amat relevan dengan apa yang dilakukan di tempat kerja dan bukan hanya bersifat teori sahaja.



Misalnya, modul dalam pengurusan aset dan kejuruteraan pengendalian amat relevan dengan skop pekerjaannya dalam bidang pengendalian.



"Saya berharap dapat meningkatkan pemahaman dalam strategi pengurusan aset dan menggunakan apa yang saya pelajari di tempat kerja,'' tambah.




"Saya yakin pembelajaran merupakan satu perjalanan yang tidak henti dan saya mencabar diri saya untuk belajar seberapa banyak yang mungkin. Tambahan pula, teknologi akan terus maju ke hadapan, sijil-sijil pos-siswazah ini akan membantu saya meningkatkan tugas saya.''
- Encik Darius Iskandar Reduan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >