MENJELANG PILIHAN RAYA

Cabaran bagi PAP tawan semula Aljunied

SENTIMEN penduduk di Aljunied sudah berubah sejak pilihan raya lalu, namun ia tetap satu cabaran untuk Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi semula kawasan undi itu daripada Parti Pekerja (WP), kata mantan Menteri Kabinet dan pengerusi PAP, Encik Lim Boon Heng.

"Kami dapat merasakan suasana sudah berubah. Pada mulanya, agak sukar untuk pasukan kami, penduduk tidak begitu terbuka dan ramah. Tapi sekarang mereka lebih ramah," kata Encik Lim kepada akhbar The Straits Times selepas mesyuarat lewat malam di kawasan undi itu kelmarin untuk membincangkan strategi kempen.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan