Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

FACEBOOK LIVE BERSAMA ANDALUS

Cabaran berbeza asatizah dakwah di alam maya

Mar 11, 2022 | 05:30 AM



DENGAN kemajuan teknologi sekarang dan media sosial menjadi sumber maklumat paling dirujuk, adalah penting asatizah menyesuaikan diri dengan perubahan moden ini.



Asatizah hari ini, yang sebahagiannya digelar 'Asatizah Influencer', memikul tanggungjawab besar dalam menyampaikan dakwah kepada generasi baru melalui alam maya.



Namun, istilah 'Asatizah Influencer', atau asatizah pempengaruh, tidak begitu digemari beberapa asatizah, termasuk Ustazah Liyana Musfirah, yang mempunyai lebih 18,000 pengikut di Instagram.



Ustazah Liyana, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga pengasas Liyana Musfirah Network, berkata beliau lebih selesa dengan panggilan pendidik.



Namun, pendapatnya terhadap istilah itu berubah apabila beliau diberi Anugerah Usahawan Wanita Paling Berpengaruh pada 2019, oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



"Sebagai satu-satunya ustazah dalam kalangan usahawan yang ramai, saya sedar bahawa saya juga mewakili kaum Muslimah.



"Ketika itu, perspektif saya terhadap istilah influencer berubah," ujarnya.



Ustazah Liyana berkongsi demikian dalam satu program Facebook Live yang dianjurkan Berita Harian dengan kerjasama pusat pendidikan Andalus.



Berjudul Dakwah Media Sosial: Lebih berkesan atau sekadar kumpul followers?, Facebook Live itu membincangkan cabaran asatizah masa kini dalam berdakwah di media sosial.



Dua lagi panelis di perbincangan itu ialah Ustazah Wirdah Wahid, pengurus kanan, dan Ustazah Hairani Ludin, guru kanan Cordova.



Facebook Live itu dihoskan koresponden BH Shahida Sarhid dan wartawan berbilang media BH Hans Ashrie.



Ustazah Wirdah berpendapat pengaruh asatizah tempatan seperti Ustaz Mizi Wahid dan Ustaz Tamliikhaa Khamsani lebih berkesan terhadap remaja masa kini.



"Pendekatan lembut serta kaitan unsur agama dengan kehidupan harian membuat cara penyampaian asatizah influencer lebih menarik dan berkesan," katanya.



"Hashtag #FeelGoodIslam di media sosial memberikan intonasi lebih lembut dalam penyampaian dakwah serta fokus yang lebih terhadap rahmat dan kasih sayang," ujar Ustazah Liyana pula.



Ustazah Hairani, yang berpengalaman mengajar di Cordova selama 12 tahun, berkata pendekatan asatizah hari ini perlu berbeza.



"Asatizah masa kini harus lebih rajin mendengar, menerangkan, serta mengambil tahu masalah dan hambatan murid.



"Di Cordova, kami berusaha mengambil pendekatan bergabung jalinkan kurikulum, sesuai dengan kehidupan harian mereka,"ujarnya.



Namun, cabaran berbeza dapat dilihat pada dakwah dalam talian dan ini termasuk jangkaan masyarakat yang mahukan jawapan segera.



Ini memandangkan dalam talian akses kepada asatizah agak bebas dan tiada hadnya.



"Kita juga harus mengetahui garis panduan berhadapan dengan masyarakat dalam talian. Cara dan adab asatizah harus berpandukan agama," kata Ustazah Hairani.



Anda boleh mengikuti perbincangan Facebook Live itu di Facebook Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >