Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabaran cari kelemahan teknologi pemerintah dilancarkan

Nov 12, 2019 | 04:06 PM



PROGRAM Bug Bounty Pemerintah (Government Bug Bounty Programme, GBBP) yang ketiga dilancarkan HackerOne, Agensi Teknologi Pemerintah (GovTECH) dengan sokongan Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura semalam.



Program terbaru ini merupakan cabaran bug bounty kelima dikendalikan pemerintah dengan kerjasama HackerOne, di atas program GovTech yang masih dijalankan, program pendedahan kerentanan (VDP) yang dilancarkan bulan lepas.



Cabaran itu akan berlangsung selama tiga minggu dari 18 November hingga 8 Disember. Penggodam beretika antarabangsa dan setempat akan dijemput untuk meneroka dan memberitahu kelemahan keselamatan bagi 12 sistem teknologi infokom (ICT), perkhidmatan digital dan aplikasi yang mempunyai lawatan pengguna yang tinggi.



Sebagai hadiah kerana mencari kelemahan yang sahih, penggodam akan menerima ganjaran berbentuk wang, atau habuan, dari AS$250 ke AS$10,000 (S$340 ke S$13,600) , bergantung kepada dapatan mereka dalam kelemahan yang dicari.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >