WALAUPUN beliau tidak berada di barisan hadapan untuk menangani krisis Covid-19, namun tugas Cik Nur Asyiqin Zaffre turut sama penting dalam membantu memerangi masalah kesihatan lain seperti penyakit kronik.
Sebagai jururawat di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Cik Asyiqin berkata terdapat banyak perubahan dari segi cara beliau merawat pesakitnya semasa tempoh penularan virus Covid-19 ini.