Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FACEBOOK LIVE BERSAMA ANDALUS

Cabaran kekal identiti Muslim dalam zaman moden

Mar 18, 2022 | 05:30 AM



DENGAN pengaruh media sosial yang berleluasa hari ini, sudah pasti menjadi cabaran bagi kaum Muslimin berpegang kuat pada identiti sebenar mereka.



Tetapi, bagaimanakah seorang Muslim terus kekal relevan dalam zaman serba moden tanpa mengabaikan agamanya?



Menurut Ustaz Mohammad Fitry Redwan, takrif istilah 'Islam Moden' boleh dipecahkan kepada dua.



Perkataan 'Islam' boleh difahami sebagai sebarang perkara yang berkaitan dengan menyerahkan diri kepada Allah, manakala perkataan 'moden' bermaksud baru.



Ustaz Fitry juga berpendapat bahawa Islam harus diletak di hadapan dan hanya selepas itu barulah perkara berkaitan keduniaan mengikuti.



"Selagi seseorang itu berpegang pada prinsip agama yang betul tetapi pada masa sama beliau ada keterbukaan untuk menerapkan cara kehidupan baru yang tidak melanggar syariat, maka ia bukannya suatu masalah," ujar guru kanan Andalus itu.



Ustaz Fitry berkongsi demikian dalam satu program Facebook Live yang dianjurkan Berita Harian dengan kerjasama pusat pendidikan Andalus.



Berjudul Islam Pedoman Hidup Sepanjang Zaman, Facebook Live itu membincangkan cabaran bagi mengekalkan identiti sebagai seorang Muslim pada zaman mo-den ini.



Dua lagi panelis di perbincangan itu ialah Ustazah Siti Radiah Hassan, seorang pensyarah Andalus, dan Ustazah Amalina Nasir, personaliti yang juga anggota Rangkaian Belia Asatizah (AYN).



Facebook Live itu dihoskan koresponden BH Shahida Sarhid dan wartawan berbilang media BH Hakim Yusof.



Memandangkan perkembangan dunia yang semakin pesat, kaum Muslimin masa kini tidak terlepas daripada pelbagai cabaran moden.



Ini termasuk pendedahan kepada ideologi dan pengaruh kebudayaan barat serta cara mendapatkan maklumat agama dalam talian tanpa perincian dan pendidikan seorang guru.



"Sebagai seorang Muslim, kita harus berpegangan dan berprinsip.



"Kita juga harus memastikan bahawa cara perwatakan kita sentiasa berlandaskan Al-Qur'an dan sunah," ujar Ustazah Amalina, seorang lulusan Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah.



Justeru, adalah penting kaum Muslimin di Singapura mengekalkan identiti mereka, terutama sebagai masyarakat minoriti dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama.



"Di Andalus, kami menyediakan modul yang menyentuh tentang pengajian pemikiran Islam di Singapura.



"Ia menekankan cara kita dapat menyesuaikan diri dalam negara seperti Singapura, serta mengamalkan agama tanpa melahirkan perasaan ketidakselesaan pada yang lain," kata Ustazah Radiah dalam sesi terakhir FB Live itu.



Dengan pengaruh yang dibawa oleh dunia moden, kaum Muslimin perlu mempunyai keupayaan mengimbangi antara kedua-duanya, agama dan kemodenan.



"Islam tidak pernah menolak kemodenan, malah ia mendorong pada kejayaan. Matlamat kita sebagai seorang Muslim ialah mencapai keredaan Tuhan, dan moga-moga ini dapat menyumbang kepada saham akhirat kita kelak nanti," nasihat Ustazah Amalina.



Untuk mendengar perbincangan itu, anda boleh menyaksikan Facebook Live ini di Facebook Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >