Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAJLIS PERJUMPAAN HARI RAYA MENTERI

'Cabaran lebih besar' bagi jururawat semasa lawan Covid-19

May 14, 2022 | 05:30 AM



Beberapa individu yang mewakili lapisan masyarakat yang berbeza dan telah menabur bakti kepada Singapura antara hadirin Perjumpaan Hari Raya Menteri yang dihoskan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di hotel Pan Pacific Singapore semalam. Dua daripada mereka, daripada sektor perubatan dan aktif menyumbang jasa sebagai sukarela, berkongsi kisah masing-masing bersama BERITA HARIAN.



SEPANJANG dua tahun memerangi pandemik Covid-19 di barisan hadapan, Cik Rosnah Dahlan berkata sebenarnya terdapat cabaran lebih besar daripada virus tersebut.



Sebagai ketua sebuah pasukan jururawat klinik di Hospital Besar Ng Teng Fong, beliau berusaha mengekalkan semangat tinggi dalam kalangan jururawatnya dan menggalak mereka terus tabah di tengah-tengah pandemik ini.



Selain berusaha menjadi teladan, Cik Rosnah, 57 tahun, sering memberi kata-kata motivasi kepada jururawatnya agar menyediakan khidmat penjagaan pesakit terbaik.



Pada masa sama, beliau menghadapi cabarannya sendiri menangani tenaga kerja ketika kakitangannya jatuh sakit semasa tempoh itu.



"Ada beberapa kali sepanjang dua tahun itu, jururawat saya terjangkit dan kami kekurangan kakitangan. Ini adalah satu masalah kerana apabila kami kekurangan tenaga kerja, kakitangan lain perlu bekerja lebih dan ini kadangkala boleh menjejas semangat mereka.



"Namun, alhamdulillah, hospital kami cekap dalam memastikan jururawat pengganti daripada jabatan lain dapat dikerahkan supaya kami semua tidak tertekan dan dapat menangani keadaan," katanya, yang mengendali 38 jururawat di wadnya.



Dengan pandemik berlarutan, Cik Rosnah berkata ramai jururawat migran juga tidak dapat pulang semasa tempoh itu. Bagi terus menaikkan semangat pasukannya, Cik Rosnah sering menunjukkan bahawa beliau menghargai mereka dengan pelbagai cara.



"Saya selalu memberitahu mereka bahawa bahu saya sentiasa tersedia untuk mereka luahkan perasaan atau mengongsi masalah mereka.



"Untuk menunjukkan penghargaan kepada mereka sepanjang tempoh ini, saya juga sering membeli makanan, makanan ringan dan minuman untuk mereka nikmati ketika sibuk bekerja," ujar Cik Rosnah, yang juga sukarelawan bersama Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA).



Meskipun menghadapi pelbagai cabaran, Cik Rosnah berkata ada juga detik-detik gembira yang patut dirai semasa tempoh ini.



Antaranya ialah kebenaran bagi jururawat Muslimah memakai tudung bersama pakaian seragam mereka semasa bertugas.



Ibu dua anak yang bertudung itu berkata pengumuman perkara tersebut semasa Rapat Hari Kebangsaan tahn lalu adalah sesuatu yang beliau nanti-nantikan.



"Bersyukur sangat kami diberi pilihan memakai tudung. Ketika kali pertama saya memakai tudung ketika bekerja, ramai pesakit saya berkata saya kelihatan cantik apabila memakai tudung," katanya sambil ketawa.



"Ini menunjukkan ramai bertolak ansur dan dapat memahami mengapa kami memakai tudung. Yang penting ialah kami terus berkhidmat kepada pesakit kami," tambah Cik Rosnah.



Menurut Cik Rosnah, perjalanan panjangnya sebagai jururawat selama 30 tahun telah membantunya menjadi individu lebih baik. Kini beliau berharap dapat menjadi mentor bagi mendorong dan mendidik generasi jururawat akan datang.



"Apabila saya mendaftar diri sebagai jururawat pada usia 20-an tahun, saya berpeluang belajar banyak daripada jururawat lain, dan mendapat manfaat daripada program dan kursus yang ditawarkan.



"Ia membolehkan saya menjalankan tugas sebagai jururawat dengan lebih baik. Jadi sekarang tiba masa saya untuk saya menyokong generasi baru dan menunjukkan kepada mereka cara menangani situasi berbeza supaya mereka dapat memberi penjagaan terbaik kepada pesakit, terutama semasa tempoh mencabar seperti ini," kata beliau.




"Apabila saya mendaftar diri sebagai jururawat pada usia 20-an tahun, saya berpeluang belajar banyak daripada jururawat lain, dan mendapat manfaat daripada program dan kursus yang ditawarkan. Ia membolehkan saya menjalankan tugas sebagai jururawat dengan lebih baik. Jadi sekarang tiba masa saya untuk saya menyokong generasi baru dan menunjukkan kepada mereka cara menangani situasi berbeza supaya mereka dapat memberi penjagaan terbaik kepada pesakit, terutama semasa tempoh mencabar seperti ini."
- Cik Rosnah Dahlan, ketua pasukan jururawat klinik di Hospital Besar Ng Teng Fong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >