Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘BH FB LIVE’ BERSAMA PPIS

Cabaran menyatu 2 keluarga tiri di bawah 1 bumbung

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



BERKAHWIN semula mungkin tidak begitu rumit jika ia melibatkan hanya pasangan itu sahaja.



Namun adakalanya, proses perkahwinan semula melibatkan anak-anak, dengan ada sesetengah perkahwinan melibatkan anak-anak daripada kedua-dua belah pihak suami dan isteri.



Meski ini merupakan satu proses yang sukar, tetapi usahawan selebriti Cik Fatimah Mohsin memastikan perasaan dan isi hati anak-anaknya dititikberatkan sebelum beliau mengambil langkah untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi buat kali ketiga.



Mengongsi pengalaman berkahwin semula dan membina keluarga tiri semasa Facebook Live Berita Harian kelmarin, Cik Fatimah menceritakan bagaimana beliau dan suami, Encik Shahary, mempersiap anak-anak masing-masing bagi kehidupan baru yang bakal dibina.



Pasangan tersebut telah berumah tangga tahun lalu, dengan Cik Fatimah mempunyai dua anak perempuan dan suaminya membawa bersamanya dua anak, seorang lelaki dan perempuan.



"Memang bukan mudahlah pada awalnya.



"Sebelum kahwin saya ada perkenalkan anak saya dengan suami saya terlebih dahulu. Mungkin kerana gaya suami saya ni nampak macam garang, anak saya yang kecil 11 tahun tu beritahu saya, yang dia tidak suka suami saya ketika itu," katanya.



Tetapi sedikit pun beliau dan suami tidak mengambil hati terhadap kata-kata anaknya itu.



Malah suaminya yang kini turut menguruskan perniagaan restoran mereka di 555 Halal Thai, berusaha untuk menambat hati anak kecil itu.



"Mendirikan keluarga tiri memerlukan usaha daripada kedua-dua pihak. Pada akhirnya kami mahu satukan anak-anak kami agar mereka tidak berasa iri antara satu sama lain.



"Dan kami sebagai ibu bapa juga, bersikap adil dalam pendekatan kami terhadap anak kandung dan anak tiri," kongsi Encik Shahary.



Pendekatan adil ini termasuk memastikan setiap anak mendapat duit sekolah yang sama setiap hari, ataupun mengambil giliran daripada segi tempat makan kegemaran setiap anak.



Sepanjang perkongsian yang berjudul "Siapa kata mak tiri jahat" selama sejam yang dihoskan koresponden Berita Harian, Shahida Sarhid dan Ustaz Fadhly Rosli, seorang lagi panelis dari Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) juga turut serta dalam perbincangan itu.



Pekerja Sosial PPIS Vista Sakinah, Cik Nur Hafizah Misngadi berkata pasangan yang baru berkahwin semula akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan antara yang paling utama ialah penyesuaian yang perlu dibuat oleh anggota keluarga yang tinggal sebumbung bersama.



"Setiap ahli keluarga pasti ada jangkaan mereka sendiri.



"Ibu bapa mempunyai jangkaan mereka sendiri, dan begitu juga anak-anak.



"Tetapi yang penting ialah sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain demi mengekalkan keharmonian sesebuah institusi keluarga itu," ujarnya.



PPIS Vista Sakinah yang telah menyambut ulang tahunnya yang ke-10 tahun ini, merupakan sebuah pusat yang pakar dalam menyedia dan mengukuhkan perkahwinan semula.



Ia telah bekerjasama dengan pasangan dan keluarga untuk membangkitkan daya tahan serta memupuk sifat damai di dalam kehidupan keluarga tiri mereka.



Pusat itu juga telah menyediakan pelbagai program, antaranya termasuk Kursus Persiapan Rumah Tangga: Program Memupuk Kasih; Program untuk anak-anak : Bunayya; Program Pengayaan Keluarga (Fitrah); dan sesi konsultasi dan kaunseling.



Para panelis juga telah menjawab dan mengulas beberapa pertanyaan dan perkongsian para penonton di dalam ruang komen Facebook secara langsung.



Antaranya termasuk daripada pengguna Facebook, Encik Ridzuan Osman yang berkata:



"Bukan senang untuk menawan hati dan kepercayaan anak-anak tiri untuk menerima seseorang yang baru di dalam kehidupan mereka.



"Harus banyak bersabar, komunikasi dan bertolak ansur."



Selain itu, Cik Fatimah dan suaminya juga telah mengambil bahagian dalam satu kuiz ringkas untuk menguji pengetahuan mereka tentang keluarga mereka.



Untuk menyaksikan keseluruhan Facebook Live ini, anda boleh menontonnya di Facebook Berita Harian atau imbas sahaja kod QR yang tertera di atas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >