Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabaran pasukan SCDF dalam misi bantuan di Laos

Sep 01, 2018 | 05:30 AM



SETIAP langkah yang diambil terasa begitu berat dan mereka perlu awas dengan sekitaran supaya tiada siapa yang cedera.



Seluruh kawasan operasi mereka dipenuhi lumpur dan serpihan kayu, menjadikan misi bantuan dan pemulihan mangsa bencana empangan runtuh yang dijalankan lebih mencabar.



"Berjalan dalam lumpur tidak semudah seperti berjalan biasa. Kami perlu pijak dengan betul dan mengimbangi berat badan kami kerana jika tidak, kami akan tenggelam masuk.



"Dengan kasut but yang kami pakai dan peralatan yang kami bawa, ia satu tambahan 10 kilogram dan kami perlu menarik diri kami keluar daripada lumpur sebelum mengambil satu lagi langkah," kata Mejar Seloterio Euan Izmal Ilyas, 35 tahun.



Mejar Euan Izmal mengetuai pasukan 17 anggota merangkumi ahli Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) SCDF dan pakar kebakaran dan menyelamat dalam satu misi bantuan bencana dan pemulihan mangsa di Laos baru-baru ini.



Mereka turut disokong seorang paramedik dan pegawai sokongan teknikal.



Pada 23 Julai lalu, empangan hidro Xe Pian-Xe Namnoy runtuh dan memusnahkan wilayah Attapeu di Laos, menyebabkan banjir teruk melanda kawasan itu dan menjejas negara jiran seperti Kemboja.



Mejar Euan Izmal dan pasukannya dikerah menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kampung Ban Mai - antara lokasi yang terjejas teruk akibat kejadian empangan runtuh itu.



Pasukannya bekerjasama dengan tentera Laos untuk melaksanakan misi, namun oleh sebab keadaan dan rupa bumi yang mencabar, mereka berdepan dengan beberapa kesukaran pada mulanya.



"Dengan banyak struktur kayu yang pecah, terdapat banyak paku yang terapung dalam air dan lumpur. Ada beberapa pegawai kami yang cedera.



"Kami juga membawa banyak peralatan tetapi untuk berjalan dari satu tempat ke satu tempat dalam lumpur, ia memerlukan banyak tenaga.



"Jadi, ini sesuatu yang kami pelajari dan apabila kami pulang, kami menilai semula keadaan dan meninjau apa yang perlu dibawa," kata beliau beliau.



Mejar Euan Izmal mengongsi bahawa keadaan di sana tidak mudah bagi penduduk setempat tetapi beliau memuji daya ketahanan mereka yang tidak putus asa untuk membina semula kehidupan.



"Pada hari pertama kami tiba di Ban Mai, ia sunyi sepi. Yang ada cuma askar Laos.



"Namun setelah beberapa hari, kami lihat orang kampung datang kembali ke rumah untuk ambil barangan peribadi...



"Anda boleh lihat kecekalan yang terpancar di mata mereka, wajah mereka menunjukkan mereka tidak putus harapan," kata beliau.



Pasukan kedua merangkumi 18 pegawai dan anggota SCDF dan 14 lagi dari Pasukan Polis Singapura (SPF) serta tiga anjing pengesan dari Unit K9 SPF turut dikerahkan ke Laos lebih seminggu kemudian untuk menggantikan pasukan SCDF yang pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >