SEMENTARA rakan sebayanya yang lain menghabiskan masa lapang mereka bersama keluarga atau bermain bersama teman-teman, beliau pula sibuk 'kutip sampah'.
Demikian 'aktiviti' hujung minggu Mayor Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Mohd Fahmi Aliman, semasa di bangku sekolah, yang dilakukan bersama ibunya yang bertugas sebagai pekerja pembersihan.