Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSONALITI

Cabaran pembimbing kerjaya bantu pencari kerja

Apr 20, 2018 | 05:30 AM



DENGAN keprihatinan dan seribu satu pertanyaan dalam fikirannya, seorang klien itu melangkah masuk ke dalam bilik temuduga untuk menemui pembimbing kerjaya, Cik Rozita Mohd Yazid.



Klien itu, yang mempunyai pengalaman luas dalam sektor telekomunikasi sebelum ini, mahu memasuki alam pekerjaan kembali setelah lebih setahun mengganggur bagi menjaga seorang ahli keluarganya.



Bagaimanapun, beliau menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan baru dan setelah berbulan-bulan menghantar resume beliau, klien itu baru mendapat panggilan untuk ditemuduga bulan lalu.



Duduk bertentangan dengan Cik Rozita, beliau mengongsi masalahnya itu dalam mencari pekerjaan.



Baru-baru ini, Berita Harian berpeluang menyertai dua sesi temuduga bersama klien yang dijalankan Cik Rozita, seorang pembimbing kerjaya berusia 36 tahun yang sudah lebih sembilan tahun bertugas di pusat kerjaya Careers Connect WSG (Tenaga Kerja Singapura) di Woodlands.



Sebagai pembimbing kerjaya, tugas Cik Rozita bukan setakat membantu memadankan pekerjaan bersesuaian dengan kemahiran dan pengalaman si pencari kerja.



Malah, beliau membimbing mereka mengenal pasti identiti, minat, kekuatan dan kelemahan mereka dalam usaha mempertingkat peluang mendapatkan pekerjaan.



"Minat itu adalah penting bagi anda terus mara. Adalah penting bagi anda mencari identiti sendiri, apakah yang anda betul-betul suka.



"Ia tentang mengenali diri anda sendiri. Anda perlu bertanya pada diri sendiri, apakah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan pekerjaan tersebut? Bagaimanakah anda boleh menyumbang kepada syarikat itu dan menyesuaikan diri untuk peranan pekerjaan itu?" kata Cik Rozita, dalam memberi nasihat kepada klien yang disebutkan itu.



Pelbagai soalan diajukan Cik Rozita kepada klien tersebut - apakah cabaran yang dihadapi dalam mencari pekerjaan, wadah dan laman apakah yang digunakan untuk mencari pekerjaan, apakah pengalaman pekerjaannya sebelum ini, apakah jawatan pekerjaan yang ingin dicari, pernahkah beliau melakukan ujian personaliti dan sebagainya.



Di akhir sesi itu, beliau juga memberi siri buku Program Pemangkin Kerjaya yang mengandungi latihan bagi klien mengenali lebih lanjut minat kerjaya, meneroka pilihan kerjaya dan merancang kerjaya serta memenuhi aspirasi mereka.



Mengongsi pengalamannya di akhir sesi dengan klien yang pertama itu, Cik Rozita berkata beliau menerima klien daripada latarbelakang yang berbeza, dengan ada yang diberhentikan kerja, ada yang tidak pasti apakah pekerjaan baru yang ingin dicari dan ada yang sedang mempertimbang untuk menukar kerjaya ke sektor baru.



Justeru, beliau akan menyarankan laluan bantuan sedia ada yang berbeza dan bersesuaian dengan keadaan dan keperluan mereka.



Cik Rozita juga akan memberi panduan tentang cara memperbaiki resume, dengan resume yang dihantar kepada majikan yang berlainan haruslah berbeza dan disesuaikan mengikut keperluan pekerjaan yang diiklankan.



Klien kedua yang memasuki bilik temuduga Cik Rozita itu pula seorang lelaki yang diberhentikan kerja daripada peranannya dalam keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.



Walaupun sudah memiliki pekerjaan baru, klien itu mahukan pekerjaan dalam sektor yang sama sebelum ini dengan gaji sekitar $4,500 sebulan kerana perlu menanggung keluarga.



Klien itu juga bertanya tentang sama ada terdapat pekerjaan dalam sektor lain dengan gaji yang serupa yang boleh diterokainya.



Sementara Cik Rozita berkata, beliau dan rakan sekerja lain akan berusaha dengan baik untuk mendapatkan pekerjaan bagi klien itu, beliau turut menasihatinya agar menangani jangkaannya.



Ini kerana klien tersebut mungkin boleh mendapatkan pekerjaan seperti yang lama tetapi gaji yang ditawarkan tidak akan setinggi yang dulu.



Di akhir sesi bersama klien kedua itu, Cik Rozita juga menekankan pentingnya individu memanfaatkan rangkaian sosial, rakan dan kenalan lama mereka selain menemui pembimbing kerjaya dan menggunakan laman mencari pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan.



"Rangkaian sosial, rakan dan kenalan itu amat penting sekali dalam mencari peluang pekerjaan bagi individu. Dalam banyak sektor di sini, individu mendapat pekerjaan menerusi kenalan mereka," kata beliau kepada klien itu.




Careers Connect WSG



  • Tempat: Paya Lebar (Lifelong Learning Institute)

    Alamat: 11 Eunos Road 8, #02-02, Singapore 408601

  • Tempat: Tampines (Our Tampines Hub)

    Alamat: 1 Tampines Walk, #01-21, Singapore 528523

  • Tempat: Woodlands (Woodlands Civic Centre)

    Alamat: 900 South Woodlands Drive, #04-07,

    Woodlands Civic Centre, Singapore 730900

  • Hubungi talian 6883-5885 untuk sebarang pertanyaan

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >