Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10

Cabaran Presiden di landasan kumpul $15j: Presiden Halimah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Cabaran Presiden di landasan kumpul $15j: Presiden Halimah

Sebanyak 82 agensi dijangka raih manfaat
Nov 25, 2022 | 05:30 AM

CABARAN Presiden berada di landasan yang betul untuk mengumpul lebih $15 juta bagi menyokong 82 agensi yang dapat meraih manfaat hasil pengumpulan dana amal itu tahun ini, kata Presiden Halimah Yacob pada Acara Penghargaan Cabaran Presiden semalam.

Beliau berkata usaha itu telah membolehkan mereka menyokong keluarga berpendapatan rendah yang terkesan sejak dua tahun kebelakangan ini ekoran wabak Covid-19 di sini.

Menurut Puan Halimah, sejak dua tahun lepas, ramai antara mereka telah mengalami perpindahan pekerjaan.

Sebagai contoh, kadar pengangguran penduduk bukan dalam golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) adalah 5.1 peratus.

Ini jauh lebih tinggi daripada PMET pada 3.4 peratus, pada Jun 2021.

"Meskipun skim sokongan pemerintah telah membantu mereka menghadapi masalah kesan kewangan pandemik, adalah penting bagi mereka diperkasakan untuk mencapai sifat berdikari dan mutu hidup yang lebih baik dalam jangka masa panjang.

"Itulah sebabnya saya menetapkan Cabaran Presiden 2022 sebagai tumpuan mengenai 'Menyokong Keluarga Berpendapatan Rendah' - untuk menggalakkan usaha masyarakat dan perkongsian yang boleh membantu memperkasakan keluarga-keluarga ini yang mempunyai kemahiran dan peluang, untuk mengurangkan kesan jangka panjang wabak itu," katanya dalam ucapan pembukaannya di Istana malam semalam.

Menjawab pertanyaan Berita Harian baru-baru ini, Cabaran Presiden sehingga 30 Oktober telah mengumpul dana lebih daripada $13 juta.

Usaha pengumpulan dana masih diteruskan sehingga 31 Disember 2022.

Puan Halimah turut melahirkan perasaan gembira melihat sokongan penderma dan rakan kongsi masyarakat berganding bahu bersama untuk menyokong mereka yang memerlukan melalui pemberian dan usaha sukarela.

Semalam, seramai 17 penderma dan rakan kongsi sukarela diiktiraf atas usaha dan semangat sukarela mereka dalam mengumpul dana.

Menjelang akhir tahun ini, 8,500 relawan akan dikerahkan daripada 30 korporat rakan kongsi melalui inisiatif pengumpulan dana ini.

Antara badan yang baru sahaja memulakan daya usaha pengumpulan dana tahun ini adalah Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

SUSS telah menghimpunkan pelajar, kakitangan dan orang ramai untuk menderma kepada Cabaran Presiden melalui dua acara utama tahunan SUSS Hari Pemberian atau Giving Day.

Acara-acara itu ialah Golf Amal SUSS yang julung kali diadakan, dan Cabaran Better Together, yang bertujuan untuk mengumpulkan dan menyatukan keluarga SUSS bagi peranan mereka dalam masyarakat melalui penyertaan dalam beberapa siri cabaran dan acara.

"Ini adalah kali pertama SUSS menganjurkan inisiatif pengumpulan dana yang begitu meluas melibatkan keluarga SUSS dan kesejahteraan orang ramai.

"Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada Cabaran Presiden 2022, mengetahui bahawa dana yang kami kumpulkan akan digunakan untuk menyokong banyak keluarga melalui agensi yang memberi manfaat," kata Profesor Cheong Hee Kiat, Presiden, SUSS.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3