Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabaran Presiden dijangka capai sasaran kumpul $12.5j

Nov 21, 2020 | 05:30 AM



CABARAN Presiden (PC) tahun ini dijangka mencapai sasarannya mengumpulkan $12.5 juta untuk menyokong 72 agensi, meskipun dalam pandemik Covid-19.



Ia juga telah melibatkan lebih 2,000 sukarelawan daripada 20 organisasi sehingga kini.



Semalam, sebanyak 64 organisasi termasuk Yayasan CapitaLand Hope dan Seoul Garden Group telah diiktiraf semasa Acara Penghargaan PC kerana amalan pengambilan kerja inklusif serta usaha kumpul dana mereka bagi PC 2020 walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Acara Penghargaan tahunan itu diadakan secara maya kali ini dengan Presiden Halimah Yacob berinteraksi dengan penderma dan sukaralewan termasuk daripada Yayasan Lee, Far East Organisation, Yayasan Stephen Riady dan Sheng Siong Group.



"Meskipun dalam tempoh mencabar pandemik ini, sokongan amat murah hati rakan kongsi kami telah banyak membantu dalam meningkatkan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dalam kalangan masyarakat kita," ujar Puan Halimah.



Antara syarikat yang telah diiktiraf semalam termasuk Seoul Garden Group di mana kakitangan mereka yang kurang upaya telah berjaya maju dalam kerjaya mereka sepanjang berkhidmat dalam organisasi tersebut.



Awal tahun ini, syarikat tersebut bersama-sama 114 majikan inklusif lain telah mengambil bahagian dalam Ikrar Pekerjaan Pemberdayaan PC yang bertujuan membangunkan persekitaran kerja inklusif dan yang memberi sokongan kepada golongan kurang upaya.



Pengurus Besar Seoul Garden Group, Encik Gary Lam berkata:



"Pada Mac 2020, kami menggajikan enam pelatih kurang upaya di cawangan HarbourFront kami melalui Program Peralihan Sekolah-ke-Tempat Kerja SG Enable.



"Apabila pandemik Covid-19 berlaku, kami kekal komited menggajikan pelatih-pelatih tersebut dan telah bekerjasama dengan jurulatih kerja SG Enable untuk terus melibatkan pelatih itu menerusi latihan dalam talian semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan."



Selaras dengan fokus PC2020 iaitu memperkasa golongan kurang upaya, video khas mengetengahkan temuramah dengan Puan Halimah, persembahan orkestra inklusif, The Purple Symphony, dan kisah perkongsian rakan kongsi PC telah dimuat naik ke facebook.com/PresidentsChallenge untuk tontonan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >