Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabul budak 5 tahun: Pam atendan kurang cerdas dijel 15 bulan

Mar 17, 2016 | 02:29 PM



SEORANG atendan pam minyak kurang cerdas dijatuhi hukuman penjara 15 bulan pada Khamis (17 Mac) kerana mencabul kehormatan seorang budak perempuan berusia lima tahun di bawah jagaan saudara perempuannya.

Mohamad Awang, 45 tahun, mengaku menggosok kemaluan kanak-kanak itu di sebuah flat di Sengkang pada 2 Jun tahun lalu, dengan satu lagi pertuduhan sama diambil kira.

Sebuah Mahkamah Masyarakat diberitahu bahawa saudara Mohamad itu seorang suri rumah yang mengambil upah menjaga kanak-kanak.

Ibu mangsa menggunakan khidmatnya untuk mengaja dua anaknya semasa waktu kerja pada awal 2012.

Pada 2 Jun lalu, saudara Mohamad meninggalkan budak itu dan abangnya untuk dijaga anak perempuannya ketika beliau bersama ibunya pergi melawat adik bongsunya.

Selepas makan tengah hari, Mohamad, anak saudaranya dan dua budak itu menonton televisyen di ruang tamu. Anak saudaranya kemudian tertidur.

Tidak lama kemudian, Mohamad terasa ingin menyentuh mangsa. Dia masuk ke dalam biliknya, duduk di atas katil dan memanggil budak itu.

Dia kemudian menyuruh mangsa duduk di sisinya dan mengosoknya.

Selepas kira-kira 10 minit, anak saudara Mohamad bangun dan menyedari mangsa tiada di ruang tamu. Dia memanggil budak itu, yang segera berlari keluar dari bilik.

Anak saudara Mohamad mendapat tahu apa telah berlaku.

Selepas kejadian itu, ibu mangsa perasan perubahan ketara dalam tingkah lakunya. Budak yang biasanya berkelakuan baik itu mula buat perangai dan menunjukkan rasa sangat cemas.

Dia juga mula banyak makan.

Ibunya kemudian melaporkan perkara itu kepada polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >