Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabul kehormatan 3 remaja perempuan: Lelaki dijel 8 bulan

Mar 17, 2022 | 05:30 AM



PADA 2019, dia memasuki ruang siber dan menyamar sebagai wanita yang dengan nama "Jolin" dengan tujuan memikat seorang gadis berusia 18 tahun ke rumahnya untuk bekerja sebagai model.



Memperkenalkan dirinya sebagai "Jeremy", Chua Wen Bin kemudiannya bertemu gadis itu di stesen LRT, membawanya pulang dan memintanya supaya berbogel di bilik tidurnya sebelum dia menggunakan pita untuk mengukur bahagian tertentu badannya, termasuk dadanya.



Kemudian pada hari itu, dia menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam video bogel mangsa keduanya, yang berusia kira-kira 17 tahun ketika itu, lapor The Straits Times.



Chua kemudian mencabul seorang gadis berusia 15 tahun.



Warga Singapura berusia 23 tahun itu semalam dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas dia mengaku bersalah atas setiap satu pertuduhan mencabul, menghina kehormatan seorang wanita dan membuat filem lucah.



Pada 1 September 2019, Chua berpura-pura menjadi Jolin dan menghantar mesej kepada gadis berusia 18 tahun itu melalui Instagram, mendakwa bekerja untuk jenama pakaian dalam talian. Dia berbohong mahu mencari model dan menawarkan $80 untuk setiap helai pakaian yang dimodelkan.



Gadis itu menerima tawaran tersebut dan Chua minta bertemu di stesen LRT Kangkar pada 4 September tahun itu.



Selepas bertemu, mereka pergi ke rumah tertuduh, di mana dia mengambil ukurannya selepas menyuruhnya untuk berbogel di dalam bilik tidur.



Dia juga berbuat serupa dengan mangsa kedua, dan mahkamah dimaklumkan bahawa tertuduh turut merakam video bogel mangsa.



Chua bertemu mangsa ketiganya, seorang gadis berusia 15 tahun, melalui Instagram pada 2020 dan berpura-pura menjadi pelajar politeknik berusia 17 tahun bernama Jeremy.



Mereka bersetuju bertemu dan tertuduh mengambil gadis itu pada 27 Mei tahun itu.



DPP, yang merujuk gadis ketiga sebagai "mangsa Y", memberitahu mahkamah bahawa Chua kemudiannya membawa gadis itu pulang.



Chua meminta remaja itu menanggalkan pelitupnya selepas dia memberhentikan kenderaan berhampiran rumahnya.



Apabila mangsa enggan berbuat demikian, Chua mengulangi permintaannya dan cuba membuka pelitup itu. Dia kemudian mengusap tangan gadis itu selepas mangsa menepis tangannya.



Pendakwa raya berkata:



"Mangsa Y cuba meninggalkan kereta. Mangsa Y membuka pintu kereta dan keluar sebelah kaki dari kereta.



"Tertuduh (kemudian) menggunakan tangan kirinya untuk menarik lengan kanan mangsa Y, menyebabkan dia (mangsa) terjatuh semula ke tempat duduk penumpang hadapan kereta itu."



Chua kemudiannya memegang buah dada kanan gadis itu sebelum mangsa keluar dari kereta dan pulang ke rumah.



Mangsa membuat laporan polis pada 28 Mei 2020, mahkamah dimaklumkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >