Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

Cabul kehormatan, lelaki diberkas

Apr 06, 2017 | 10:19 AM

POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 39 tahun kerana disyaki terlibat dalam satu kes mencabul kehormatan.

Dalam kenyataannya hari ini, polis menyatakan seorang budak perempuan berusia 14 tahun telah membuat laporan polis pada 9.29 malam pada 2 April lalu, mengatakan beliau telah dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali di laluan Upper Boon Keng Road.

Hasil siasatan rapi dengan dibantu rakaman kamera litar tertutup, polis dari Divisyen Bedok telah mengenalpasti identiti suspek dan memberkasnya di laluan Chai Chee Road kelmarin (4 Apr).

Siasatan ke atas lelaki itu sedang dijalankan.

Sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan mencabul kehormatan boleh dipenjara sehingga dua tahun, dan juga didenda, mahupun dirotan atau gabungan diantaranya.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian