Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabul kehormatan pelajar; guru tuisyen dijel, sebat

Jul 10, 2019 | 08:05 AM



SEORANG guru tuisyen mencabul kehormatan pelajarnya berusia 15 tahun setelah kelas itu berakhir, menyebabkan budak itu mencederakan dirinya sendiri.



Mahkamah diberitahu bahawa pelajar itu kehilangan harga dirinya dan berasa takut apabila mendengar perkataan ‘tuisyen’.



Guru tuisyen berusia 48 tahun itu, seorang warga Indonesia dan penduduk tetap (PR) Singapura itu, dikenakan hukuman penjara selama dua tahun sebulan semalam (9 Julai) dan enam sebatan selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan mencabul kehormatan, menurut The Straits Times (ST).



Lelaki itu memberi tuisyen bagi mata pelajaran Matematik di rumahnya dan pelajar menengah tiga itu menghadiri kelas itu tiga kali seminggu dari Julai 2017 hingga Mac tahun lalu.



Setiap kelas mempunyai antara lima dengan 12 pelajar.



Timbalan Pendakwraya Awam Delicia Tan berkata lelaki itu akan mencabul kehormatan dalam beberapa kejadian dengan memasukkan tanggannya ke dalam bahagian atas pakaiannya antara Februari dengan Mac tahun lalu.



Lelaki itu akan meminta mangsa agar tidak pulang dahulu dengan alasan mahu pelajar itu menghabiskan latihannya.



“Selepas semua pelajar pulang, dia akan mencabul kehormatan mangsa. Dalam beberapa kejadian, mangsa memakai baju seragam sekolahnya,’’ kata Cik Tan.



Hakim Daerah Hamidah Ibrahim diberitahu bahawa mangsa berasa ‘tidak selesa, terkejut dan tidak terkata’ dengan tindakan guru tuisyen itu.



Pelajar itu berasa takut untuk bersuara dan tidak tahu bagaimana untuk memberikan reaksi.



Pada 9 Mac tahun lalu, pelajar itu akhirnya memberitahu rakannya, seorang budak lelaki berusia 17 tahun, dan budak lelaki itu memaklumkan kejadian itu kepada sekolah mangsa.



Dua hari kemudian, kakitangan sekolah memberitahu ibu mangsa yang membawa anaknya ke Pusat Kejiranan Polis Pasir Ris untuk buat laporan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >