Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabutan bertuah, hadiah percuma tidak boleh diguna untuk promosikan kursus SkillsFuture

Jan 05, 2017 | 01:56 PM



SYARIKAT latihan yang menawarkan kursus layak mendapat Kredit SkillsFuture tidak harus menggunakan publisiti menarik seperti cabutan bertuah dan hadiah percuma untuk mempromosikan program mereka.



Mereka juga tidak harus memasarkan kursus mereka sebagai "percuma" atau "dibayar oleh pemerintah", dan sebaliknya menjelaskan bagaimana yuran kursus ditampung sebahagian atau sepenuhnya oleh kredit atau subsidi.



Demikian antara senarai garis panduan publisiti yang dikeluarkan oleh badan berkanun SkillsFuture Singapura (SSG) pada Khamis (5 Jan).



SkillsFuture sebuah pergerakan kebangsaan yang bertujuan meningkatkan kemahiran semua rakyat Singapura dan menggalak pembelajaran sepanjang hayat.



Di bawahnya, permulaan $500 diberi kepada setiap warga Singapura berusia 25 ke atas yang mengikuti pelbagai kursus kemahiran.



SSG berkata garis panduan publisiti baru itu akan menyediakan "penjelasan yang lebih" mengenai penggunaan Kredit SkillsFuture.



"Ia akan memastikan penyedia latihan tidak meminta maklumat sulit seperti SingPass, dan bahawa mereka tidak menyebabkan kekeliruan pada orang ramai," kata SSG dalam satu pos Facebook.



Di bawah garis panduan itu, syarikat harus memastikan mereka tidak memberi tanggapan bahawa penggunaan Kredit SkillsFuture terhad pada penyedia latihan atau kursus tertentu.



Mereka juga tidak harus meminta maklumat sulit daripada orang ramai, termasuk SingPass mereka, untuk membuat tuntutan Credit SkillsFuture bagi pihak mereka, tambah SSG.



Pada masa ini terdapat lebih 17,000 kursus dalam Direktori Kursus Kredit SkillsFuture di www.skillsfuture.sg/credit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >