Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Cacar monyet: Satu lagi kes dilapor di SG, jumlah keseluruhan sembilan

Jul 27, 2022 | 05:30 AM

SATU lagi kes cacar monyet dilaporkan di Singapura kelmarin.

Ini bermakna terdapat sembilan kes cacar monyet yang dikesan di negara ini sejauh ini.

Kes terkini itu melibatkan seorang lelaki warga Filipina berusia 31 tahun yang diuji positif hari ini. Beliau kini dirawat di Hospital Besar Changi (SGH), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

MOH berkata lelaki itu demam pada 21 Julai sebelum mengalami ruam pada muka, bahagian sekitar dubur dan bahagian lain tubuhnya.

Beliau kemudian mendapatkan rawatan di SGH semalam dan dimasukkan ke hospital pada hari yang sama.

Usaha menjejak kontak sedang dijalankan.

Daripada sembilan kes cacar monyet yang dilaporkan di sini sejauh ini, lima merupakan kes tempatan manakala empat lagi kes import. Kesemua kes tiada kaitan antara satu sama lain.

Lebih 16,000 kes cacar monyet dikesan di lebih 75 negara sejauh ini, dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan sedunia kelmarin.

Covid-19 juga disifatkan sebagai kecemasan kesihatan sedunia pada 2020.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3