Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Caddy Golf dipenjara empat minggu kerana memukul pekerja dengan tombol golf

Dec 10, 2015 | 02:15 PM



SEORANG caddy golf sambilan dipenjara empat minggu hari ini kerana memukul seorang lelaki di kepalanya dengan tombol golf.


Selamat Satli, 65 tahun, mengaku mencederakan Encik Felix Joseph, 33 tahun, seorang pekerja nurseri, di padang golf di Singapore Island Country Club di Sime Road pada 15 Disember tahun lalu, meninggalkannya dengan luka sepanjang 2cm pada dahinya.


Mahkamah diberitahu bahawa pada kira-kira 1 petang hari itu, Encik Joseph sedang mengendalikan traktor di padang golf di kelab itu apabila Selamat mendekatinya.


Pada masa itu, Selamat sedang membawa baji pasir, iaitu tombol golf dengan pemegang hitam berukuran 28cm panjang dan bingkai 64cm panjang.


Selamat telah bersemuka dengan Encik Joseph dan bertanya kepadanya mengapa dia merenung ke arahnya.


Encik Joseph, yang memakai cermin mata hitam, menafikan tuduhan itu.


Kededuanya bertengkar dan Selamat telah mengayunkan tombol golf itu dan memukul Encik Joseph di kepala.


Encik Joseph merasakan bahawa dahinya berdarah dan menolak Selamat. Dia kemudian berlari ke kedai berdekatan dan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.


Encik Joseph telah mengalami luka dan diberi cuti sakit tiga hari.


Selamat boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga $5000 kerana sengaja menyebabkan kecederaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >