Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cahaya harapan Lebaran bagi famili mangsa nahas yang masih tidak sedar

Pelatih paramedik SCDF terlibat dalam nahas serius tiga bulan lalu, namun keluarga kekal positif
Jun 05, 2019 | 05:30 AM



SUDAH lebih tiga bulan Cik Nuruljannah Mohammad Razib terlantar di hospital setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang serius pada Februari lalu.



Akibat nahas itu, Cik Nuruljannah, 22 tahun, mengalami kecederaan otak traumatik, dan sehingga 22 Mei lalu belum sedar sepenuhnya.



Namun, keluarganya melihat peningkatan dalam keadaannya dan menaruh harapan beliau akan sembuh kembali meskipun mereka tahu ia mungkin mengambil masa yang lama.



Dalam musim perayaan ini, mereka semakin merindui senyum dan tawa Cik Nuruljannah, yang buat masa ini masih dirawat di Hospital Besar Changi (CGH).



"Kami amat merinduinya. Jannah memang orang yang selalu ceria," ujar ibunya Cik Anisah Salim, 50 tahun, semasa ditemui BH baru-baru ini.



Beliau menyifatkan anaknya sebagai seorang yang minat muzik serta aktif dalam sukan.



Cik Nuruljannah merupakan pelatih paramedik Pasukan Pertahan Awam Singapura (SCDF), dan sebelum kemalangan itu dijadualkan menamatkan latihannya dalam sekitar setengah tahun lagi.



Pada 11 Februari lalu, beliau bersama seorang anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) SCDF sedang dalam perjalanan ke satu acara kerja apabila motosikal yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di Bartley Road East.



Kedua-dua penunggang motosikal itu mengalami kecederaan pada tubuh mereka.



Anggota NSF berusia 23 tahun yang menunggang motosikal itu telah pun keluar dari hospital pada 14 Februari lalu. Polis masih menyiasat kes tersebut.



Cik Nuruljannah yang membonceng motosikal itu pula mengalami keretakan di tengkorak serta kecederaan di tulang belakang, muka dan tangan.



Penglihatan di mata kirinya terjejas akibat urat saraf yang sudah rosak dan jari telunjuk kirinya terpaksa dipotong.



Sejak tiga bulan lalu, beliau telah menjalani sekitar 20 pembedahan dan prosedur, termasuk untuk meletak implan di tulang belakangnya.



Buat masa ini, keluarganya bersyukur Cik Nuruljannah sudah mula memberi respons dengan mengerdipkan mata serta menggerakkan jari kakinya.



Cik Nuruljannah juga dijadual menjalani kranioplasti atau pembedahan untuk meletak struktur titanium di tengkoraknya tidak lama lagi.



Jika semuanya berjalan lancar, keluarganya berharap untuk menyambut Hari Raya nanti di CGH bersama sanak saudara mereka.



Malah, mereka juga sudah siapkan sepasang baju kurung untuk Cik Nuruljannah.



Bapanya, Encik Mohammad Razib Samsudin, berkata keluarganya bersyukur melihat peningkatan dalam keadaan anaknya setiap hari.



Pada masa yang sama, beliau rasa sedih membaca tentang laporan akhbar tentang kemalangan lain yang berlaku baru-baru ini.



"Kami lihat banyak laporan tentang kemalangan. Mengapakah ini masih berlaku? Seolah-olah nasib orang-orang tersayang kami bergantung pada pengguna jalan raya.



"Kami berharap pengguna jalan raya akan lebih bertanggungjawab, dan fikirkanlah tentang nasib mangsa dan keluarga yang tanggung derita," ujar Encik Razib, 50 tahun, pemilik studio kraf kulit, BE:Leather Lab.



Sementara itu, keluarganya turut meluahkan penghargaan mereka bagi sokongan yang diterima daripada SCDF, CGH, sanak saudara dan rakan, bahkan orang yang tidak dikenali sepanjang lebih tiga bulan ini.



"Semua sokongan yang kami terima itu amat penting bagi kami sedang kami melalui masa yang sukar ini.



"Kami tetap positif dan kini beri tumpuan bantu Jannah untuk sembuh," ujar Cik Anisah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >