Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Cahaya Ramadan kembali bagi pekerja migran

Sekatan pergerakan ekoran Covid-19 telah dilonggar, solat jemaah dibenar
Apr 14, 2021 | 05:30 AM



PEKERJA migran Muslim di sini menyambut hari pertama Ramadan dalam suasana yang berbeza tahun ini, dengan sekatan pergerakan mereka dilonggarkan dan solat berjemaah dapat diadakan sepanjang bulan suci ini.



Tahun lalu, pekerja migran menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri terkurung dalam bilik masing-masing sebagai langkah untuk mengekang penularan Covid-19 di dormitori.



Pekerja asing merupakan golongan yang paling teruk terjejas oleh koronavirus, merangkumi sekitar 89 peratus jumlah kes keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara.



Awal pagi semalam, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad mengunjungi dormitori QBD@CCK Grove untuk mengagihkan makanan dan makan sahur bersama sekitar 20 pekerja migran di sana.



Bercakap kepada media semalam, Encik Zaqy menyatakan bahawa keadaan pekerja migran telah menyaksikan kemajuan berbanding setahun lalu ketika mereka perlu mematuhi pelbagai sekatan yang ketat.



"Dalam setahun yang lalu, kita telah lihat terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan kepada pekerja migran kita," kata Encik Zaqy.



Pekerja migran kini boleh memohon pas keluar dari dormitori mereka untuk tiga tujuan - iaitu ke kerja, ke pusat riadah atau untuk keperluan penting.



"Hari ini, alhamdullilah, kita dapat bersama mereka untuk bersahur, mereka dapat makan bersama dan juga buat Ramadan ini, mereka dapat solat bersama. Ini adalah perkembangan yang baru di dormitori kami," tambah Encik Zaqy.



MOM minggu lalu mengumumkan bahawa pekerja migran Muslim dapat mendirikan solat berjemaah di dormitori mereka sepanjang Ramadan, iaitu sejak semalam hingga 12 Mei.



Dormitori akan dibenarkan mengadakan dua sesi solat berjemaah untuk hingga 200 orang, bergantung pada saiz dan ketersediaan kawasan di setiap lokasi.



Solat berjemaah akan diadakan bagi solat tarawih dan solat Hari Raya pada 12 Mei.



Selain makan sahur bersama semalam, Encik Zaqy turut mendirikan solat subuh bersama pekerja migran Muslim di gelanggang bola keranjang dormitori itu, dengan jarak selamat satu meter dipatuhi dan jemaah membawa sejadah masing-masing.



Pekerja migran yang menginap di dormitori QBD@CCK Grove, Encik Nadim Dowlat Gazi, 34 tahun, meluahkan rasa bersyukur dapat menjalani ibadah puasa dalam suasana yang lebih baik tahun ini.



"Ramadan ini, kami rasa sangat beruntung. Kami rasa gembira diberi pelung berjemaah bersama dengan pekerja migran lain. Terima kasih kepada pengurusan dormitori yang bantu kami mengadakan solat tarawih ini," ujar penyelia di syarikat perancah itu.



Encik Nadim merupakan salah seorang daripada empat imam yang diluluskan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk memimpin solat di dormitori di bahagian barat Singapura itu.



"Namun, kami harap pihak berkuasa membenarkan kami solat berjemaah bagi solat isyak seiring dengan solat tarawih," kongsinya, yang telah 14 tahun bertugas di sini.



Berita Hariandifahamkan setiap sesi solat tarawih di dormitori itu hanya dihadkan kepada 30 minit.



Inisiatif pengagihan makanan sahur semalam dianjurkan Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Pelibatan (Ace) di bawah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dengan kerjasama Homeforall Migrants dan SDI Academy.



Makanan sahur itu adalah sumbangan DoorMart iaitu sebuah inisiatif yang dibangunkan pengasas SDI Academy, Encik Sazzad Hossain, untuk menyediakan makanan berkhasiat kepada pekerja migran.



Encik Sazzad, 27 tahun, berkata:



"Pemakanan adalah isu besar dalam kalangan pekerja migran dan Ramadan adalah titik permulaan yang baik untuk kita lihat apa yang boleh kita lakukan bersama. Sebenarnya, kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dormitori untuk menjadikan ia sebagai contoh kepada dormitori lain."




"Dalam setahun yang lalu, kita telah lihat terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan kepada pekerja migran kita... Hari ini, alhamdullilah, kita dapat bersama mereka untuk bersahur, mereka dapat makan bersama dan juga buat Ramadan ini, mereka dapat solat bersama. Ini adalah perkembangan yang baru di dormitori kami."
- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >