Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Caj bayaran lewat tunggakan pinjaman flat dilanjut lagi hingga 31 Dis

Bantuan tambahan HDB bagi warga perlu lebih banyak masa untuk bangkit daripada kesan Covid-19
Oct 01, 2021 | 05:30 AM



PENGGANTUNGAN caj bayaran lewat bagi tunggakan pinjaman perumahan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan flat sewa awam akan dilanjutkan hingga 31 Disember, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Beliau berkata meskipun ekonomi Singapura telah pulih secara bertahap sejak awal tahun ini, ramai masih sedang pulih daripada kesan pandemik Covid-19 dan sekatan sosial terkini terus menjejas pekerjaan dalam beberapa sektor.



Oleh itu, untuk membantu segelintir warga yang memerlukan lebih banyak masa untuk bangkit daripada kesan Covid-19, pemerintah menghulurkan bantuan tambahan itu, ujarnya.



Selain itu, pemilik flat yang mempunyai kesukaran membayar pinjaman perumahan boleh mendapatkan bantuan HDB bagi membincangkan bantuan kewangan lain.



Ini termasuk skim bayaran semula ditangguhkan atau dikurangkan, atau lanjutan tempoh pinjaman untuk mengurangkan bayaran ansuran bulanan



Bagi penyewa flat sewa HDB, caj bayaran lewat juga ditangguhkan hingga 31 Disember tahun ini.



"Saya harap langkah ini akan membantu mengurangkan masalah kewangan anda dan memberi anda ruang dan masa untuk menstabilkan keadaan kewangan anda," ujar Encik Lee dalam satu pos Facebook semalam.



Dalam pada itu, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, juga berkata dalam Facebooknya "walaupun ekonomi dan pasaran pekerjaan kita telah perlahan-lahan menunjukkan tanda pemulihan, kami mengakui bahawa pandemik ini mempunyai kesan tidak setara terhadap setiap keluarga.



"Ramai masih menghadapi kesulitan kewangan, terutamanya dengan sekatan sosial yang dikuatkuasakan baru-baru ini," kata beliau.



Dr Faishal menambah bahawa untuk penghuni flat sewa awam, HDB boleh mengurangkan sewa bagi keluarga yang mengalami pengurangan dalam pendapatan.



Dari April lalu hingga Ogos tahun ini, HDB telah mengurangkan sewa untuk sekitar 5,500 keluarga.



"Jika anda tidak mampu membayar sewa, sila hubungi HDB untuk membincangkan langkah bantuan yang tersedia," kata Dr faishal.



Maklumat lebih lanjut boleh didapati di laman https://go.gov.sg/rentalassistance.



Dr Faishal menambah bahawa bank juga kekal komited bekerjasama dengan pemilik rumah mengenai pinjaman perumahan bagi meneroka bantuan yang disasarkan dan penyelesaian penyusunan semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >