Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Cakap Masjid 'podcast' baru BH

Jul 17, 2019 | 05:30 AM

BINCANG isu kehidupan keagamaan secara santai namun tetap bermakna.

Itulah pendekatan 'podcast' terbaru Berita Harian (BH) yang mengetengahkan asatizah yang membincangkan isu keagamaan dan yang berkaitan dengan masyarakat Melayu/Islam setempat.

Dinamakan Cakap Masjid, asatizah tanah air yang dihormati, Ustaz Pasuni Maulan, membuka tirai episod 'podcast' tersebut. Koresponden BH, Shahida Sarhid, merupakan pengacara 'podcast' itu.

Dalam episod pertama yang akan dimuat naik ke Spotify Ahad ini pada 6 pagi, Ustaz Pasuni, 74 tahun, berkongsi keadaannya yang menjadi mangsa berita palsu baru-baru ini selain membincangkan isu itu dalam konteks Islam.

Ustaz Pasuni, yang antara lain merupakan Naib Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan anggota majlis tertinggi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), awal bulan lalu menjadi mangsa berita palsu yang disebarkan mendakwa beliau telah meninggal dunia.

Berita Popular

Ia menyebabkan kejutan dalam kalangan masyarakat sehingga akhbar ini dan beberapa media lain menjernihkan keadaan setelah menghubungi beliau secara langsung dan mengeluarkan berita sebenarnya di dalam talian.

Mengulas penglibatannya dalam podcast BH, Ustaz Pasuni berkata beliau teruja dengan peluang menyumbang kepada program yang menggunakan wadah baru.

Cakap Masjid diperkenal menyusuli podcast #NoTapis, juga terbitan akhbar ini, yang dilancar 13 Mei lalu.

Setelah 30 episod, #NoTapis kini menduduki tangga keempat dalam carta Podcast Spotify dengan lebih 20,000 muat turun.

Orang ramai boleh menikmati podcast BH dengan memuat turun aplikasi Spotify di telefon bijak atau lungsuri www.BeritaHarian.sg. Ikuti juga Berita Harian Singapura di Facebook dan Instagram untuk ikuti perkembangan 'podcast' BH.

Laporan lanjut: Ustaz Pasuni Maulan buka tirai Cakap Masjid

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map