Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Calon mula berkempen sejak awal pagi

Sep 02, 2015 | 04:58 PM



KEMPEN bagi Pilihan Raya Umum 2015 bermula awal Rabu (2 Sept), dengan para calon bertemu penduduk bagi menarik sokongan di seluruh pulau ini.


Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang mempertahan GRC Tanjong Pagar mengedar risalah kepada penumpang di stesen MRT Tiong Bahru pada waktu sibuk pagi.


Calon baru PAP, Cik Joan Pereira, beramah-tamah dengan penduduk di perhentian bas dekat Tiong Bahru Plaza, manakala rakan sepasukannya, Cik Indranee Rajah, Encik Melvin Yong, Encik Chan Chun Sing dan Dr Chia Shi-Lu berjalan di sekitar stesen itu untuk bertemu penduduk.


Cik Jeanette Chong-Aruldoss daripada Parti Rakyat Singapura (SPP) juga keluar awal dengan pasukannya, mengedar risalah dari 6.45 pagi di stesen MRT Mountbatten.


Beliau di SMC Mountbatten, menentang Anggota Parlimen (AP) penyandang daripada PAP, Encik Lim Biow Chuan.


AP penyandang PAP di SMC Potong Pasir, Encik Sitoh Yih Pin, yang ditentang Cik Lina Chiam daripada SPP, pula menari dengan sekumpulan penduduk yang bersenam setiap pagi.


Pasukan lima calon PAP di GRC Bishan-Toa Payoh, yang diketuai Dr Ng Eng Hen, pergi ke stesen MRT Bishan dan pusat beli-belah Junction 8 pusat menyambut penumpang awal dan memberi risalah parti.


Sementara itu, pasukan Parti Perpaduan Kebangsaan (NSP) yang bertanding GRC Tampines pergi ke Tampines Street 11.


Presiden parti itu, Encik Sebastian Teo, beramah-tamah dengan penduduk di sebuah kedai kopi di situ.


Parti Pekerja (WP) pula memulakan lawatan mereka di Hougang Avenue 5, dengan setiausaha agungnya, Encik Low Thia Khiang; AP penyang SMC Hougang, Encik Png Eng Huat, dan calon lain parti itu menyapa penduduk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >