CALTEX, Shell dan SPC telah menurunkan harga pam minyak lebih lanjut menyusuli pengurangan harga Jumaat lalu.
Menurut Fuel Kaki, penjejak harga pam yang ditubuhkan Persatuan Pengguna Singapura, Caltex telah mengurangkan harga diesel tercatat sebanyak tiga sen selitar, sedang semua kadar petrolnya merosot empat sen.
Shell dan SPC mengurangkan harga minyak mereka sebanyak empat sen seliter bagi semua jenis, lapor akhbar The Straits Times.
Esso belum melakukan penyesuaian lanjut sejak Jumaat lalu, sementara Sinopec tidak menukar harganya sejak 20 Jun, dan kini harga pam tercatatnya merupakan yang tertinggi.
Sehingga pagi semalam, diesel berharga antara $3.12 (SPC) dengan $3.16 (Sinopec), sementara petrol 92-octane - yang boleh didapati hanya di Caltex, Esso dan SPC - berada pada harga sama iaitu $3.30.
Harga minyak 95-octane adalah antara $3.34 (SPC) dengan $3.39 (Sinopec), sementara minyak 98-octane - yang diperlukan hanya segelintir kenderaan di sini - berharga antara $3.82 (Esso, SPC) dengan $3.86 (Sinopec).
Harga minyak 98-octane yang dianggap premium, berharga antara $3.84 (Shell) dengan $4.01 (Caltex).
Setelah diskaun, harga terendah bagi minyak 92-octane ialah $2.71 di Caltex (kad OCBC 365), serupa dengan Esso (kad DBS Esso).
Harga paling rendah bagi minyak 95-octane ialah $2.66 di tiga pengendali stesen Sinopec (kad OCBC). Dalam kalangan pengendali yang mempunyai rangkaian besar, yang termurah ialah $2.75 di Caltex (kad OCBC 365) dan Esso (kad DBS Esso).
Sinopec juga mengenakan harga minyak 98-octane terendah iaitu $3.03 (dengan kad OCBC), diikuti $3.13 di Esso (kad DBS Esso).