Caltex Singapore siasat insiden melibatkan kakitangan stesen minyak di Tampines dan pemandu BMW, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Caltex Singapore siasat insiden melibatkan kakitangan stesen minyak di Tampines dan pemandu BMW

Apr 15, 2018 | 03:40 PM

CALTEX Singapore sedang menyiasat insiden yang berlaku semalam melibatkan seorang kakitangan stesen minyak warga tua yang bekerja di kios Caltex di Tampines Avenue 8, selepas beliau menawarkan untuk membayarkan minyak petrol pelanggan yang diisi penuh akibat kesilapannya. 

Sebagai tindak balas kepada insiden tersebut, yang sejak itu telah menular di Facebook, Caltex Singapore meyakinkan semua pemandu bahawa pekerja tersebut ‘tidak dipaksa untuk membayar’. 

Pengguna Facebook Cik Kelly Yeo menulis kepada Caltex Singapore mengenai insiden yang melibatkan pemandu BMW itu dalam satu pos yang dimuatnaik semalam. 

Seorang lagi pengguna, Encik Willie Kok Heng Chua, mengongsikan pos Cik Yeo di laman Facebooknya malam semalam, dan ia tular dengan lebih 24,000 perkongsian dan 6,700 komen dalam masa 12 jam. 
Dalam pos tersebut, Cik Yeo berkata pemandu BMW itu berkata bahawa petugas di stesen minyak itu silap mengisi tanki minyak keretanya sehingga penuh, dan ia mencecah $135, walaupun beliau hanya meminta jumlah petrol yang bernilai $10. 

Apabila pemandu tersebut menekankan bahawa beliau hanya ingin membayar $10, petugas stesen minyak itu, yang kelihatan berusia sekitar 60 tahun, memberitahu juruwang bahawa beliau akan membiayai penuh kos tersebut. 

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Petugas itu menerangkan kepada juruwang bahawa beliau mendengar bahawa pemandu tersebut inging mengisi tanki keretanya sehingga penuh, namun ini dinafikan pemandu tersebut. 

Ramai pengguna internet, seperti Cik Yeo, mempertimbangkan sama ada pemandu tersebut sepatutnya memberikan respons yang lebih baik dan membayar kos tersebut, kerana beliau tetap akan menggunakannya. 

Pengguna internet yang lain juga bertanyakan kepada Caltex Singapore sama ada petugas tersebut boleh hanya membayar separuh daripada kos itu, walaupun jika ia memang kesilapannya.

Caltex Singapore berkata dalam pos di Facebooknya bahawa ia gembira dengan persepaduan yang ditunjukkan pekerjanya di Tampines itu. 

“Pengurus stesen kami bersama pasukan pengurusan sedang mempertimbangkan isu tersebut dan siasatan sedang dijalankan,” katanya. 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map