Campak teman di 'parapet', lelaki dipenjara seumur hidup, rotan 12 kali
Jul 05, 2019 | 05:30 AM
SEORANG lelaki berusia 28 tahun yang mencampak rakannya dari parapet tempat meletak kereta bertingkat, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan rotan 12 kali di atas pembunuhan itu semalam.
Kejadian pada 31 Ogos 2015 itu berlaku menyusuli satu pertengkaran melibatkan telefon bimbit antara mereka berdua.