Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Cannot encik' kata-kata terakhir NSF sebelum lemas dalam kes ragging SCDF

Jun 17, 2019 | 05:31 PM



"CANNOT (tak boleh) encik". 

Itulah kata-kata terakhir Koperal Kok Yuen Chin sebelum ditolak ke dalam perigi pam sedalam 12 meter dan mati lemas ekoran perbuatan tersebut.


Kata-kata terakhirnya itu didengar dalam video yang dimainkan di mahkamah semasa perbicaraan kesnya hari ini, lapor The Straits Times.


Koperal Kok, seorang warga Malaysia dan penduduk tetap (PR) Singapura, ditolak ke sebuah perigi di Balai Bomba Tuas View semasa sambutan meraikan Tempoh Tamat Perkhidmatannya (ORD) beliau. 


Dua pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang didakwa terlibat dalam kejadian ‘ragging’ (dera) sehingga menyebabkan kematian Koperal Kok -- Kenneth Chong Chee Boon, 38 tahun, seorang leftenan; dan Nazhan Mohamed Nazi, 40 tahun, seorang pegawai waran kanan pertama -- ingin mencabar tuduhan yang dihadapi mereka.





Tiga lagi pegawai SCDF, termasuk Staf Sarjan (SSgt) Adighazali Suhaimi yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan Disember lalu, turut didakwa atas penglibatan mereka.


SSgt Adighazali, 33 tahun, yang sudah selesai menjalani hukumannya hadir di mahkamah hari ini bagi memberi keterangan saksi.





Menurutnya, beliau telah menasihati Koperal Kok sebelum kejadian itu. Katanya:

"Saya beritahunya secara peribadi, sama ada awak masuk (perigi pam) sendiri atau ada orang yang akan tolak awak."


Beliau menambah bahawa beliau percaya terdapat kurang peluang kecederaan jika seseorang memasuki pam tersebut dengan sendiri, berbanding ditolak.


Perbicaraan masih diteruskan dan SSgt Adighazali dijangka disiasat oleh peguam Chong dan Nazhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >